• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rani Kulup Terjatuh Ketika Main Boling, Terima 13 Jahitan

oleh AK-47
30/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FIGURA terkenal yang sinonim dengan jolokan ‘Raja Report Malaysia’, Abdul Rani Kulup dilaporkan terjatuh semasa bermain boling di pusat beli belah Summit, Subang Jaya Ahad lalu.

Insiden itu mengakibatkan Rani Kulup yang terkenal dengan tagline ‘Kipidap Dongibap‘ itu menerima 13 jahitan di tangannya.

Difahamkan, Rani Kulup yang merupakan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hadir ke pusat sukan boling itu bagi merasmikan sebuah pertandingan boling.

“Apabila saya membaling bola, saya terjatuh dan tangan kanan saya terkena palang besi pembahagi lorong boling.

“Saya tahu tangan saya cedera tetapi saya kekal tenang walaupun darah mula menitik,” katanya kepada mStar Online.

Ekoran itu, dia lantas ke sebuah klinik di USJ Subang Jaya untuk mendapatkan rawatan sebelum doktor memaklumkan kecederaannya itu serius.

“Doktor beritahu kecederaan itu serius dan mencuci luka tersebut. Namun dia meminta saya untuk pergi ke hospital kerana luka perlu dijahit dan x-ray perlu dilakukan.

“Saya menerima tiga jahitan di dalam dan 10 jahitan di bahagian luar tangan,” katanya.

Rani Kulup turut dimaklumkan bahawa jahitan lukanya itu akan tertanggal sendiri dalam masa dua minggu.

Tags: BowlingRani Kulup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU-15: Rani Kulup Guna Slogan ‘Kipidap, Dongibab’

PRU-15: Rani Kulup Guna Slogan ‘Kipidap, Dongibab’

05/11/2022
0

Port Dickson : "Saya akan tumpukan kempen secara bersemuka dengan pengundi di seluruh Port Dickson," kata calon Bebas di kerusi...

Natasha Masih Belum Puas, Idam Kejayaan Lebih Besar

04/05/2017
0

KUALA LUMPUR - Selepas melakar kejayaan cemerlang pada Kejohanan Boling Kebangsaan dan Kejohanan Boling Antara Negeri 2017 yang berakhir Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd