• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Sedia Turunkan Tambang Untuk Rangsang Pasaran

oleh Ahmad Albab
14/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia bersedia untuk menurunkan harga tambangnya bagi merangsang pasaran dan meningkatkan jumlah penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata sekiranya harga bahan api terus turun pada tahun depan, ia merupakan satu ‘bonus besar” kepada syarikat penerbangan itu, kerana ia akan mengurangkan kos.

“Namun begitu, harga minyak berubah dengan cepat sekali, kita lihat sahaja apa yang akan berlaku. Niatnya, kami mahu mengurangkan harga tambang dan merangsang pasaran.

“Jika harga bahan api terus jatuh, kami juga mahu menghapuskan surcaj bahan api bagi membolehkan lebih ramai orang menaiki penerbangan.

“AirAsia sedang dalam usaha mengurangkan kos dan tambang untuk membolehkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan penerbangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat baru AirAsia di sini, hari ini.

Pembinaan bangunan korporat baharu syarikat penerbangan itu, RedQ akan bermula pada bulan depan dan dijangka siap pada Jun 2016.

Bangunan enam tingkat berharga RM140 juta itu akan mempunyai keluasan kasar lantai 613,383 kaki persegi dan mampu menampung seramai 2,000 kakitangan. Ia juga mengandungi pejabat korporat dan bahagian operasi AirAsia dan AirAsia, yang sekarang ini beroperasi secara berasingan antara Terminal Penerbangan Tambang
Murah (LCCT) dan di sebuah pejabat sementara di gateway@klia2.

Fernandes berkata, 2015 bakal menjadi tahun yang bermakna untuk AirAsia, yang berharap dapat bekerjasama dengan lebih rapat dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi meningkatkan jumlah penumpang.

“Kami melalui tempoh yang sukar seperti masalah dengan beberapa syarikat penerbangan tetapi itu semua sudah berlalu.

“Saya mengunjurkan suku keempat kami sangat kukuh, kira-kira 11 peratus, dengan tambang kami lebih tinggi berbanding tahun lepas,” katanya.

Katanya lagi, AirAsia akan memperlahankan pertumbuhan kapasitinya dengan menambah hanya lima pesawat tahun hadapan, untuk operasi luar negaranya.

“2015 adalah bagi mengukuhkan dan memaksimumkan keuntungan kami serta menggunakan aset-aset kami.

“Keluarga AirAsia telah berkembang dengan pesat dan kami tidak sabar-sabar untuk menyiapkan pejabat baharu kami,” katanya, sambil menambah, ibu pejabat global baharu itu akan membantu pertumbuhan dan pelan masa depan AirAsia. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd