• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahan Letupan, M16 Ditemui Di Kampung Tanjung Batu

oleh AK-47
30/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Beberapa bahan letupan dan senjata api jenis M16 bersama sejumlah peluru serta beberapa magazine kosong, berkemungkinan milik pengganas Sulu, ditemui di kawasan kebun di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu Ahad lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata pihaknya kini sedang menyiasat secara terperinci mengenai penemuan senjata api berkenaan.

“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya senjata api berkenaan adalah peninggalan semasa Op Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu pada 2013.

“Ini kerana kawasan penemuan senjata api berkenaan berada di lokasi Op Daulat itu.

“Kita tidak menolak kemungkinan bahawa senjata api berkenaan adalah milik pengganas Sulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penubuhan Persatuan Pegawai Kanan Polis Pencen Malaysia (Respa) Sabah di sini hari ini.

Ditanya mengenai penahanan seorang lelaki berusia 50-an yang dipercayai menemui senjata api itu, Abdul Rashid berkata ia adalah bagi membantu siasatan pihak polis sahaja.

Mengenai Respa, Abdul Rashid berkata ia akan menjadi platfrom untuk menghubungkan semula semua pesara pegawai tinggi polis di seluruh Sabah.

“Kita sangat mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Respa Sabah dan saya berharap lebih ramai lagi pesara pegawai kanan polis yang akan menyertai Respa.”

Sementara itu, Pengerusi Respa Sabah, Datuk Sulaiman Junaidi berkata, dianggarkan terdapat lebih 100 pesara dalam kalangan pegawai polis di negeri ini dan kini 37 daripada me­re­ka telah mendaftar sebagai ahli persatuan itu.

Turut hadir Timbalan Presiden Respa Malaysia, Datuk Mohd Nawawi Ismail. – BERNAMA

Tags: Datuk Abdul Rashid HarunM16
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nadma Sedia Hadapi Banjir Monsun Timur Laut

20/09/2017
0

KUALA NERUS - Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) kini giat melakukan pelbagai latihan persediaan menghadapi banjir di Terengganu, melibatkan 100...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd