• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Anak 5 Dipenjara 7 Bulan Sembunyi Wang Individu Lain

oleh AK-47
29/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang ibu anak lima dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini kerana menyembunyikan wang RM4,150 milik seorang jurugambar berhubung pembelian sebuah kamera melalui perniagaan dalam talian.

Majistret Haslinda A. Raof menjatuhkan hukuman itu ke atas Jazrina Jaapar, 39, seorang kerani bebas, selepas tertuduh mengaku bersalah atas enam pertuduhan dengan curangnya menyembunyikan wang tunai kepunyaan Khairul Effendi Jasri, 26, ke dalam akaun CIMB miliknya melalui enam transaksi.

Mahkamah memerintahkan Jazrina dihukum penjara tujuh bulan bagi setiap pertuduhan dan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 Ogos lalu.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Bank CIMB cawangan Taman Melawati, Jalan Hulu Klang dan Bukit Tunku, di sini antara pukul 4.16 pagi dan 6.41 petang, antara 25 Jun 2012 dan 11 Julai 2012.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang melayari laman web mudah.my telah tertarik dengan iklan kamera DSLR Nikon D700.

Mangsa yang bersetuju untuk membeli kamera itu kemudian telah membuat bayaran kepada tertuduh secara berperingkat sebanyak enam kali dengan jumlah keseluruhan RM4,150 namun selepas kesemua bayaran dibuat, mangsa tidak memperoleh kamera tersebut.

Ketika rayuan, tertuduh yang diwakili peguam Samry Masri memohon hukuman ringan dengan alasan tertuduh adalah ibu tunggal yang perlu menyara lima anak dan tinggal menumpang bersama bapanya.

Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran dan mengambil kira mangsa yang kerugian kerana tidak mendapat semula wangnya itu. – BERNAMA

Tags: dipenjaraWang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd