• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 9 Hingga 10 Tahun Berisiko Hadapi Ambliopia

oleh Ahmad Albab
14/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kanak-kanak berusia sembilan hingga 10 tahun di negara ini berisiko mendapat masalah Ambliopia atau mata malas, yang merupakan isu kesihatan serius.

Pakar Mata di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Datuk Dr Jasvinder Singh berkata mata malas menyebabkan penglihatan kabur dan tidak dapat dibetulkan dengan cermin mata, kanta lekap atau pembedahan mata.

Pada masa ini, sebanyak 40 peratus daripada kanak-kanak peringkat usia itu berdepan masalah mata malas.

“Mata malas berpunca antaranya kerana kanak-kanak berkenaan hanya menggunakan satu mata untuk proses penumpuan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari Penglihatan Sedunia 2014 negeri Perak di HRPB di sini, hari ini.

Raja Datuk Seri Yong Sofia Almarhum Sultan Azlan Shah hadir merasmikan program sambutan itu yang bertema “No More Avoidable Blindness” (Cegah Kebutaan Boleh Elak) serta menyampaikan cermin mata kepada 10 warga emas dan 20 anak yatim dari Asrama An-Nur Maisarah dan Budi Mulia Nurul Huda.

Hari Penglihatan Sedunia merupakan acara tahunan yang disambut setiap Khamis pada minggu kedua Oktober. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kebutaaan dan masalah penglihatan.

Dr Jasvinder, yang juga pengerusi sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2014 Perak, berkata pemeriksaan mata berkala perlu dilakukan selepas bayi dilahirkan untuk mengelak risiko masalah mata malas.

“Mata malas adalah penyakit kekal jika pemeriksaan dan rawatan awal tidak dilakukan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan semua murid supaya menjalani pemeriksaan mata dengan pihak perkhidmatan perubatan kerajaan di sekolah.

“Jika murid dikesan mempunyai masalah mata malas, dia akan dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan pakar,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: kanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd