• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafiz Syahrin Sertai Kejohanan Superbike Malaysia Pirelli

oleh Ahmad Albab
29/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bintang Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah menerima tawaran Project X Racing Team untuk menyertai perlumbaan pengakhir musim, Kejohanan Superbike Malaysia Pirelli di Litar Antarabangsa Sepang dari 2 hingga 4 Dis ini.

Pelumba berusia 22 tahun itu yang menamatkan kejohanan dunia Moto2 600cc di tangga kesembilan tahun ini bersama pasukan Team Petronas Raceline Malaysia, akan beraksi dalam Kelas Terbuka Superbike 1,000 cc dengan menunggang Yamaha R1.

“Saya berterima kasih dengan Project X Racing Team kerana memberikan saya peluang ini. Saya akan memastikan diri saya cergas dan dalam keadaan kompetitif pada tahap tinggi dalam tempoh ini, dengan musim MotoGP sudah berakhir dan ujian hanya dibenarkan bermula Mac tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hafizh berkata beliau akan menggunakan peluang ini untuk meningkatkan lagi keserasiannya dengan litar Sepang.

“Kami berlumba di Sepang setiap tahun, walaupun ia adalah berbeza pada tahun ini kerana keseluruhan litar telah diturap semula, kata Hafizh yang menduduki tempat kelima semasa perlumbaan Moto2 di Sepang tahun ini.

Bagaimanapun, Hafizh berkata beliau bukannya pelumba tumpuan untuk perlumbaan hujung minggu ini kerana persaingan dalam siri superbike adalah sengit, terutama dengan penyertaan pelumba berkelas dunia. – BERNAMA

Tags: Hafiz Syahrin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hafizh Harap Terus Cemerlang

19/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah terlalu hampir untuk muncul sebagai pelumba rookie terbaik keseluruhan musim ini...

Program Bakat PETRONAS Fokus Cub Prix, Moto3

23/12/2017
0

PETRONAS mengesahkan bahawa Hafizh Syahrin, pelumba yang telah dibimbing di bawah Program Pembangunan Bakat PETRONAS, akan menyertai Kejuaraan Moto2 Dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd