• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelancong Jadi ‘Busker’ Kerana Habis Wang

oleh Ahmad Albab
29/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Pelancong Australia dan Eropah di India terpaksa membuat persembahan jalanan di India selepas mesin pengeluar wang (ATM) ‘kering’ akibat keputusan kerajaan negara itu menyahwangkan wang 500 dan 1,000 rupee.

Kumpulan kira-kira 12 pelancong dari Jerman, Perancis dan Australia itu bermain muzik serta menari menghiburkan penduduk tempatan dalam usaha mengumpulkan wang supaya dapat pergi ke kedutaan negara mereka di New Delhi bagi mendapat bantuan.

Pelancong Jadi 'Busker' Kerana Habis Wang

Kumpulan itu terkandas di Pushkar, timur laut Rajastan selepas kerajaan India membuat pengumuman mengejut itu, dua minggu lalu, menyebabkan bank serta ATM kehabisan wang.

Mereka dilihat menari dan menyanyi di depan poster yang tertulis: “Anda boleh membantu kami. Masalah wang.”

Seorang daripadanya, warga Australia dikenali sebagai Jayden berkata: “Kami datang pada 8 November untuk melihat pesta Pushkar. Malangnya pada malam sama kerajaan mengumumkan penyahwangan wang berkenaan.”

“Kami sudah kehabisan semua wang 100 rupee.”

Sementara itu, rakannya dari Jerman berkata, kumpulan itu setakat ini berjaya mengumpulkan 2,600 rupee (RM168).

Sementara itu, seorang peniaga berkata, itu kali pertama sejak berniaga 45 tahun yang dia melihat orang asing membuat persembahan untuk mengutip wang. – Agensi

Tags: BuskerIndiaPelancongrupee
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd