• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Akui PDC Jual Rumah Lebih RM3 Juta Seunit

oleh Ahmad Albab
14/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Ketua Menteri Lim Guan Eng mengakui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) ada menjual rumah dengan harga tinggi iaitu lebih RM3 juta seunit di D’Residence, Bayan Mutiara.

Katanya beliau tidak tahu tentang penjualan rumah mewah oleh PDC sehingga ditegur oleh ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) berhubung perkara itu.

Menurutnya beliau amat terkejut apabila mendapati dakwaan Jahara itu benar dan mengucapkan terima kasih, namun menegaskan kerajaan negeri pimpinan DAP tiada kaitan dengan projek rumah bernilai RM3 juta itu.

“Oleh kerana kerajaan negeri sekarang tiada kaitan dengan rumah bernilai RM3 juta ini dan ia sebenarnya diluluskan pada zaman BN (Barisan Nasional) memerintah dahulu, maka saya harap Jahara meminta maaf dan menarik balik dakwaannya.

“Untuk rumah kos sederhana yang dijual RM306,000 di Bandar Cassia, ia hanya seunit sahaja kerana terletak di lot tepi, manakala rumah kos sederhana lain dijual pada harga RM159,000, iaitu bawah harga siling RM250,000 ditetapkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Khamis lepas, Jahara menuntut penjelasan daripada ketua menteri berhubung tindakan PDC menjual rumah mewah lebih RM3 juta seunit dan rumah kos sederhana melebihi harga siling RM250,000 di Bandar Cassia, Batu Kawan.

Lim yang juga pengerusi PDC berkata projek rumah mewah itu diluluskan sebelum tahun 2008 iaitu sebelum DAP mengambil alih pemerintahan selepas menang pilihan raya umum ke-13.

“PDC diakui memang ada menjual rumah yang bernilai pada harga maksimum antara RM3.1 juta hingga RM3.5 juta di Bayan Mutiara dan menjual rumah kos sederhana melebihi harga siling iaitu RM306,000 untuk projek Intan Delima di Bandar Cassia, Batu Kawan tetapi ia berlaku zaman Barisan Nasional memerintah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Kesal Dengan UMNO, ‘ADUN Seri Kembangan Sampaikan Pandangan Pengundi’

Lim Guan Eng Kesal Dengan UMNO, ‘ADUN Seri Kembangan Sampaikan Pandangan Pengundi’

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki tidak...

Krematorium Hindu RM1.5 Juta di Seberang Perai, Guan Eng Ucap Terima Kasih Pada PMX

Krematorium Hindu RM1.5 Juta di Seberang Perai, Guan Eng Ucap Terima Kasih Pada PMX

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Krematorium penganut Hindu atau rumah bakar mayat akan dibina dengan kos RM1.5 juta di Jalan Siram, Butterworth,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd