• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perlu Hadapi Situasi Turun Naik Ringgit

oleh
28/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak mempunyai pilihan selain perlu menghadapi keadaan turun naik ringgit sekarang di samping menumpukan untuk meningkatkan asas-asas ekonomi, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata walaupun Malaysia sebelum ini menambat mata wangnya semasa krisis ekonomi 1997, langkah yang diambil oleh bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad itu tidak praktikal dilakukan sekarang dalam keadaan ekonomi global terbuka kerana negara akan kehilangan pertumbuhan ekonominya.

Menurutnya, kerajaan tidak akan menambat mata wang tempatan atau mengenakan kawalan modal meskipun keadaan turun naik sekarang dan sudah tentunya tidak akan menaikkan kadar faedah bagi menarik pelaburan asing.

“Tambatan bukan satu pilihan dalam ekonomi terbuka hari ini kerana dunia kini menjadi semakin terbuka…malahan China, negara yang menutup ekonominya 20 hingga 30 tahun lepas kini telah membukakannya kepada dunia.

“Jika kita mahu menjadi sebuah negara maju kita tidak boleh menambat mata wang kita, kita tidak boleh mengenakan kawalan modal kerana jika kita melakukannya sekarang kita akan ketinggalan jauh dan tidak ada orang yang akan melabur di sini,” katanya dalam ucapan beliau semasa program Women Power Talk, Effective Networking the Way Forward, di sini, hari ini.

Johari berkata menaikkan kadar faedah untuk menarik pelabur asing juga bukan satu pilihan kerana kerana langkah itu akan meningkatkan hutang isi rumah di negara ini.

“(Jika kita menaikkan kadar faedah) rakyat akan terjejas kerana bayaran ansuran akan meningkat, jadi kita tidak ada sebarang pilihan kecuali terpaksa melalui peralihan ini,” katanya.

Menjelas lebih lanjut, beliau berkata sebab utama yang membawa kepada penurunan nilai ringgit adalah pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata semasa kempen pilihan raya presidennya, Trump banyak mengeluarkan kenyataan politik retorik dan berjanji untuk menumpukan kepada ekonomi didorong domestik.

“Jadi, untuk berbuat demikian (ekonomi dipacu domestik) mereka perlukan wang, mereka perlukan tunai, mereka perlukan dana. Selama ini, pelabur Amerika melabur di luar negeri dan dianggarkan kira-kira US$2-US$3 trilion daripada pelaburan mereka berada di negara-negara ASEAN.

“Untuk membawa balik wang ini, mereka akan menaikkan kadar faedah di AS, dan apabila ini berlaku, kadar faedah kita akan menjadi tidak begitu menarik,” kata Johari.

Penurunan ringgit diburukkan lagi dengan aktiviti spekulatif dalam pasaran luar pesisir, katanya.

“Kini ringgit berada di bawah tekanan, menyebabkan penurunan nilainya dan itulah sebabnya mengapa rizab kita turun daripada US$170 bilion kepada US$97 bilion sekarang kerana ramai pelabur menarik diri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ringgit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd