• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Tipu Touch ‘n Go: 14 Ditahan RM800,00 Dirampas

oleh AK-47
28/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan sindiket penipuan kad prabayar Touch ‘n Go dengan penahanan 14 individu di beberapa negeri minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis turut merampas wang tunai dan kenderaan mewah dianggarkan bernilai RM800,000.

“Sindiket ini didapati membeli kad-kad Touch ‘n Go daripada wakil jualan yang sah, namun mereka menjualnya semula kepada orang awam dengan tambah nilai secara haram, ada yang sehingga mencecah RM1,500 untuk setiap kad yang ditambah nilai,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya pihak polis mendapat laporan daripada pihak pengurusan Touch ‘n Go yang mengesan penambahan nilai kad dan transaksi tidak sah bermula Februari hingga September tahun ini.

Berdasarkan maklumat daripada pihak Touch ‘n Go, terdapat 347 keping kad Touch ‘n Go yang dipercayai ditambah nilai secara tidak sah, digunakan di beberapa negeri untuk membeli barangan yang dianggarkan mencecah RM2.2 juta selain digunakan untuk membayar tol dan bayaran letak kereta.

Beliau berkata sindiket itu dipercayai menjual kepada sesiapa sahaja yang sering menggunakan kad Touch ‘n Go dengan tawaran harga lebih rendah walaupun mempunyai jumlah tambah nilai yang banyak.

Menurut Acryl Sani, anggota sindiket yang ditahan termasuk tiga wanita, kesemua mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 56 tahun ditahan dalam operasi Jumaat dan Sabtu lepas di empat negeri iaitu Selangor, Kedah, Johor dan Pulau Pinang.

“Kesemua tangkapan dibuat selepas kami menerima satu laporan polis daripada pihak Touch ‘n Go di Jitra, Kedah berhubung sindiket berkenaan,” katanya.

Dalam operasi itu, polis merampas sebanyak 466 keping kad Touch ‘n Go, resit pembelian barangan, 27 keping kad pengenalan, 14 unit telefon bimbit, sembilan buah kenderaan pelbagai guna (MPV), empat unit komputer riba, empat mesin memproses tambah nilai Touch ‘n Go dan wang tunai berjumlah RM13,499, katanya.

Selain itu, polis turut membekukan 18 akaun milik suspek, kesemuanya rakyat tempatan yang ditahan, dianggarkan RM165,000 selain sembilan buah kenderaan dianggarkan bernilai RM475,000,” katanya.

Acryl Sani berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Orang ramai dinasihatkan agar memastikan kesahihan kad-kad Touch ‘n Go yang ditawarkan oleh pihak tertentu sama ada sebagai cenderahati atau tawaran diskaun.

“Selain itu, pihak pemilik dan pengeluar kad Touch ‘n Go disarankan untuk meningkatkan kualiti dan ciri-ciri keselamatan kad berkaitan agar kes seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes tipuTouch 'n Go
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

Johor Beri Insentif TNG EWallet RM20 Galak Transaksi Tanpa Tunai Di Bazar Ramadan

06/03/2025
1

JOHOR BAHRU: Seramai 48,000 Bangsa Johor berpeluang menerima insentif eWallet Touch 'n Go bernilai RM20 dalam usaha menggalakkan transaksi tanpa...

Semak Status Kad Touch ‘n Go Dahulu

29/04/2022
0

Petaling Jaya : PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menasihatkan semua pelanggan lebuh rayanya untuk menyemak status kad Touch 'n Go sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd