• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Saliran Air Pada Permukaan Tanah Di Serendah

oleh Ahmad Albab
28/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Proses pemetaan yang dibuat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di kawasan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini mendapati tiada sebarang saliran pada permukaan tanah.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata pemetaan dibuat dengan kaedah ‘drone video mapping’ bertujuan untuk mengenal pasti jika terdapat punca air yang mengalir ke taman perumahan itu.

“Kerja-kerja cerapan telah selesai dilakukan dan pemeriksaan awal JPS mendapati tiada punca air yang menjadi punca aliran air bawah tanah yang boleh menyebabkan runtuhan tanah berlaku,,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata laporan awal hasil pemetaan itu akan dibentang kepada Jabatan Kerja Raya bersama laporan Jabatan Mineral dan Geosains dalam masa terdekat dan punca sebenar kejadian tanah runtuh itu akan didedahkan kepada umum.

Katanya kerja-kerja pengukuhan tebing tanah bagi mengelak berlaku runtuhan susulan telah selesai dijalankan sepenuhnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata setakat ini tiada lagi pergerakan tanah berlaku.

Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan 340 individu daripada 64 keluarga terjejas dan mereka telah diarahkan untuk mengosongkan kediaman masing-masing. – BERNAMA

Tags: tanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd