• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pencuci Tingkap ‘Bergayut’ Di WTC Berjaya Diselamatkan

oleh Ahmad Albab
15/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Dua pekerja mencuci tingkap diselamatkan di World Trade Centre (WTC) yang baharu selepas kabel yang mengikat platform mereka terputus, menyebabkan mereka terpaksa bergayut di tingkat 69 selama hampir dua jam.

Pasukan penyelamat terpaksa membuat lubang pada tingkap tingkat 68 untuk menyelamatkan pekerja terbabit yang berpaut pada platform yang tergantung di satu sudut di bahagian selatan bangunan itu, pada ketinggian 240 meter di Menara Satu kompleks berkenaan di Manhattan.

Kira-kira 100 anggota bomba dan penyelamat terbabit dalam operasi menyelamat di kompleks berkenaan setinggi 1,776 kaki itu, iaitu yang tertinggi di Amerika Syarikat.

Pesuruhjaya Bomba New York, Daniel Nigro berkata anggotanya mengambil masa hampir sejam untuk sampai ke tempat kedua-dua pekerja itu tergantung.

“Mereka berdiam diri dan tidak bercakap banyak,” kata Nigro.

Pihak penyelamat memotong lubang di sebuah tingkap di tingkat 68 dan membawa pekerja itu masuk ke dalam bangunan.

Sebelum mereka diselamatkan, anggota bomba menggantungkan kabel untuk memastikan platform itu tidak jatuh dan berkomunikasi dengan kedua-dua pekerja terbabit menerusi radio.

Ambulans, kenderaan bomba dan helikopter dihantar ke tempat kejadian dan kawasan di sekitar bangunan berkenaan di New York ditutup.

Pihak berkuasa berkata pekerja berkenaan memakai alat keselamatan menyebabkan mereka tidak berada dalam keadaan merbahaya.

Bangunan itu, yang dibina semula di atas tapak lama WTC yang diserang pada 11 September 2001, dibuka semula minggu lalu. – AFP

Tags: Bomba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd