• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Sepupu Maut Dalam Kemalangan Di Kota Tinggi

oleh Ahmad Albab
28/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua sepupu terbunuh dalam kemalangan di KM 26 Jalan Lok Heng-Mawai berhampiran sebuah kuari di Kota Tinggi, dekat sini, semalam.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Muhammad Fakhri Aufa Muhamad Faidz, setahun dan Nur Natasya Nabiela Abdullah, 11.

Kejadian kira-kira 5.30 petang itu turut mengakibatkan ibu Muhamad Fakhri Aufa iaitu Norsuhadah Ramli, 30, serta kakak tirinya Aleesya Nur Jasmin Abdullah, 5, cedera parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kemalangan dipercayai berpunca apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu Norsuhadah dari arah Kota Tinggi ke Felda Lok Heng, melanggar lubang di bahu kiri jalan.

Pelanggaran itu menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas ke ladang sawit berhampiran dan terbalik.

“Akibat daripada kemalangan itu, anak lelaki Norsuhadah iaitu Muhammad Fakhri Aufa serta anak saudaranya (Nur Natasya Nabiela) mati di tempat kejadian manakala yang lain cedera parah,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurut beliau, keadaan di tempat kejadian adalah jalan lurus dua hala dengan cuaca cerah ketika itu.

Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd