• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Pemilik Kedai Bertalu-Talu Ditetak Parang Penyamun

oleh AK-47
27/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian samun membabitkan seorang pemilik kedai runcit diserang dua lelaki bersenjatakan parang viral di laman sosial sejak semalam.

Dalam kejadian pada Rabu di sebuah kedai runcit di Kampung Melayu Majidee, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dilihat cuba mempertahankan kedainya daripada disamun dua suspek tersebut.

Menerusi rakaman, suspek berjaket biru menyerbu masuk ke kedai, bertindak menjatuhkan barang membuatkan beberapa pelanggan lain lari ketakutan.

Tak berapa lama kemudian rakan suspek yang berjaket hitam turut sama memasuki kedai dan mula menyerang mangsa serta memaksanya menyerahkan wang.

Malangnya, mangsa enggan menuruti permintaan mereka lalu menolak badan salah seorang suspek.

Berang dengan tindakan pemilik kedai itu, kedua suspek terus melibas mangsa dengan parang beberapa kali dan mangsa cuba mengelak dan menepis libasan parang itu dengan tangan.

Dalam kesempatan itu, suspek berjaket hitam masuk ke bahagian kaunter dan mengambil sejumlah wang yang ada masuk ke dalam poket seluarnya.

Mangsa kemudian berhenti melawan apabila menyedari dirinya mengalami pendarahan di bahagian tangan dan kepala menyebabkannya terpaksa membiarkan dua suspek itu menyamun kedainya sebelum berlalu pergi.

Sementara itu, netizen di media sosial memuji keberanian pemilik kedai itu namun tindakannya itu adalah sangat berbahaya buat dirinya.

Seorang pengguna Facebok, Norwaty Elias mengulas,“Gila berani uncle ni, bertalu-talu kot dia kena, hope dapat tangkap dua penyamun haram jadah ni and harap diorang kena parang balik macam uncle ni kena.

“Mohon polis tembak mati terus je penjenayah macam ni.. jangan pedulikan perasaan family diorang,” tulis Mohd Razif Abdul Manap.

“Pakcik ni berani sangat, tapi bahaya lah, silap-silap boleh hilang nyawa, mohon polis tolong tangkap cepat-cepat dua penyamun ni #silameninggalpenyamun,” tulis Bolkin Shazwan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: johor bahruParangsamun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hutan Bandar JB ‘Naik Taraf’ Wajah Baharu

Hutan Bandar JB ‘Naik Taraf’ Wajah Baharu

19/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kini tampil dengan wajah baharu yang lebih segar,...

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

Lelaki Menyamar Polis Samun Keluarga Warga Asing

05/01/2025
0

Shah Alam : Seorang lelaki ditahan selepas menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga warga asing dalam kejadian di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd