• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ulama Perlu Satu Padu Bebaskan Fiqh Politik

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan perlunya para ulama dan pemikir ummah untuk bersatu secara ilmiah dalam usaha membebaskan pemikiran fiqh politik daripada kekotoran kediktatoran.

Bekas perdana menteri itu berkata golongan ulama dan pemikir itu perlu berbuat demikian bagi memastikan Islam menjadi sumber perundangan dan umat Islam sebagai asas legitimasi pemerintahan.

Katanya, gesaan itu adalah salah satu daripada resolusi sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2014 yang berakhir hari ini.

Sidang itu dihadiri oleh pemikir-pemikir Islam daripada lebih 14 buah negara dengan tema Negara Sivil dari Perspektif Islam.

Katanya, permasalahan dan cabaran yang dihadapi umat Islam pada masa kini adalah berpunca daripada kediktatoran, kezaliman dan pengkhianatan ke atas kehendak rakyat.

“(Sehubungan itu), resolusi ini menyokong pergerakan umat Islam yang berusaha membebaskan diri daripada kediktatoran dan pelbagai bentuk pemerintahan, agar dapat membentuk pemerintahan yang adil dan terpandu,” katanya selepas menutup sidang kemuncak tiga hari itu.

Dr Mahathir berkata antara resolusi lain yang dicapai ialah keperluan menjalankan lebih banyak kajian untuk menentukan titik-titik pertemuan dan perbezaan yang benar, agar perbezaan dan kepelbagaiaan ini dapat diurus dengan baik.

“Ia perlu untuk pelajari pengalaman dan pemerintahan di negara-negara Islam mengenai perkara yang boleh diimplementasikan dan aset-aset yang masih tersembunyi agar dapat menjadi suatu harapan baharu yang menjamin kebahagian di dunia serta membuka jalan kebahagian di akhirat,” katanya.

Antara resolusi lain ialah mewujudkan satu laman web untuk kegunaan penggajian dan menerbitkan majalah khusus berkaitan kajian yang dijalankan, menerbitkan keputusan persidangan itu dalam pelbagai bahasa dan menyebarkan sesi rakaman persidangan menerusi media sosial.

Dalam sidang kemuncak itu, peserta telah berbincang mengenai negara sivil daripada sudut pandangan Islam terhadap kebebasan, keadilan, syura dan kemuliaan insan yang dianggap sebagai nilai-nilai utama dalam sistem pemerintahan Islam.

Sesi-sesi dalam persidangan itu telah menggariskan kefahaman asasi yang berkait dengan negara dan sistem pemerintah, serta titik-titik persetujuan dan perbezaan yang lahir daripada kepelbagaian latar belakang dan idea mengenai isu pemerintahan. – BERNAMA

Tags: Tun Mahathirulama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani...

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd