• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh: Hampir 10 Hari Diperlukan Baiki Jalan Rosak

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU SELANGOR – Jabatan Kerja Raya (JKR) memerlukan masa hampir 10 hari untuk kerja membaik pulih jalan utama yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam yang merupakan komander operasi di lokasi tanah runtuh itu berkata berdasarkan laporan awal daripada pihak JKR, masih terdapat aliran air bawah tanah di kawasan yang terlibat.

“Pihak JKR akan menggunakan jalan alternatif sebagai laluan sementara. Pihak kontraktor juga sedang melakukan kerja-kerja menutup kawasan runtuhan dengan kanvas bagi mengelak berlakunya runtuhan susulan.

“Buat masa ini, kawasan terbabit telah dikategorikan sebagai Zon Merah dan semua 340 penduduk di kawasan terlibat yang terdiri daripada 64 keluarga, telah diarah mengosongkan kediaman,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurut beliau, kawasan runtuhan terbabit menyebabkan lubang besar terbentuk dengan radius seluas 600 meter dan kedalaman di antara 10 hingga 15 meter.

Jelasnya, laporan penuh JKR berhubung kejadian dijangka diperolehi kira-kira empat hari lagi.
Dalam pada itu, katanya Majlis Daerah Hulu Selangor akan memindahkan penduduk terlibat yang kini ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Serendah, ke lokasi lain sekiranya runtuhan tanah berlarutan.

“Setakat ini, sebanyak 22 daripada 64 keluarga yang terlibat masih belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tidak berpindah ke pusat pemindahan berkenaan. Mungkin mereka berpindah sementara ke rumah saudara-mara masing-masing,” kata Supramaniam.

Sementara itu, seorang polis trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Sarjan Suman Rusmin, 51, di sini bersyukur majlis perkahwinan anak perempuan sulungnya Ain Syuhada, 25, dengan pasangannya, Muhamad Norhisyam Abd Talib, 24, yang diadakan di Dewan Orang Ramai Serendah dengan jemputan kira-kira 2,500 tetamu, dapat dilangsungkan.

Suman berkata beliau agak cemas apabila bekalan eletrik dan air dipotong sejak malam tadi, dikhuatiri menyebabkan tetamu tidak selesa kerana suasana di dewan berkenaan yang agak panas.

“Bekalan eletrik disambung semula kira-kira 2 petang tadi. Alhamdulillah, selepas bekalan eletrik disambung semula, majlis mulai lancar,” katanya kepada Bernama.

Katanya, beliau dan keluarganya turut mendengar dentuman kuat tanah runtuh malam tadi ketika sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan di dewan yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Kejadian itu menyebabkan seorang penduduk Muhammad Fareez Hanudin, 21, yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah, cedera di tangan dan kaki manakala sebuah gerai makan milik penduduk rosak dan 10 kenderaan terjatuh ke kawasan runtuhan. – BERNAMA

Tags: tanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd