• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Saleha Sah Tunangan Lutfi Setelah Setahun Berkenalan

oleh AK-47
27/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon jelita, Siti Saleha Baharom, yang kini sah bergelar tunangan kepada lelaki pilihan hatinya, Lutfi Azhar, pada pagi Sabtu.

Majlis pertunangan pelakon ini dilakukan secara tertutup di kediaman keluarganya di Bandar Puteri, Klang, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Pada majlis itu, Siti Saleha, 26, menerima lima dulang hantaran, berbalas lima dulang dari pihak Lutfi.

❤️

A photo posted by SITI SALEHA (@sallywho) on Nov 25, 2016 at 11:48pm PST

Menurut Siti Saleha, Lutfi, 30, melamarnya ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan teman baiknya di Cancun, Mexico, Julai lalu.

“Saya mahukan majlis pertunangan yang ringkas dan tertutup. Disebabkan itulah, saya hanya mengundang ahli keluarga dan kenalan rapat saja.

“Bukan mahu menyorok hari bahagia, tetapi ini hanya majlis pertunangan. Saya mahukan ruang peribadi untuk keluarga,” katanya.

Mengimbas kembali percintaan mereka , Siti Saleha memberitahu mereka menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lebih lalu.

“Sebelum ini, saya hanya dengar namanya melalui teman selama dua tahun. Apabila diperkenalkan, bermula sebagai kenalan biasa, lama-kelamaan apabila kerap bertemu, hubungan kami mulai rapat.

“Sejurus selepas dilamar, rombongan lelaki menyusul datang merisik. Hari ini, kami bertunang pula. InsyaAllah, kami akan melangsungkan perkahwinan tahun depan,” katanya kepada BH Online.

Difahamkan, Lutfi merupakan seorang pegawai kerajaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Siti Saleha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Boleh Tanya Pasal Zuriat Tetapi…” – Siti Saleha

09/06/2018
0

SUDAH menjadi lumrah setiap perkahwinan, menyambut kelahiran orang ketiga sentiasa dinanti bukan sahaja oleh pasangan tetapi juga orang keliling. Begitu...

Sambutan Hari Lahir Siti Saleha Dipersoal Netizen

17/03/2018
0

KELIBAT pelakon kacukan Melayu-Inggeris bernama Siti Saleha di dalam bidang seni mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi. Setelah sekian lama sepi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd