• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Terjatuh Dari Tingkat Dua, Bukan Dicampak – Polis

oleh Ahmad Albab
14/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Adam Zikri Faizul Khairy, 6, kanak-kanak yang dijumpai terdampar di kaki lima Sekolah Kebangsaan Tasik Jaya di sini semalam, dipercayai terjatuh dan bukan dicampak dari tingkat dua sekolah berkenaan.

BACA: Murid Pra Sekolah Cedera Dicampak Dari Tingkat Dua?

Ketua Polis Daerah Seremban Supt Muhamad Zaki Harun berkata pihak polis menerima panggilan pada kira-kira 2.55 petang semalam dan ketika kejadian berlaku, sesi persekolahan telah tamat.

“Kita sudah dapatkan keterangan dari tiga orang murid berusia 11 tahun pagi ini, dan mereka memberitahu ketika kejadian berlaku, ada seorang kanak-kanak autisme berumur 12 tahun yang bersekolah di sekolah pendidikan khas telah berjumpa dengan mangsa di tingkat dua dan mengangkat mangsa lalu diletakkan di atas tembok koridor.

“Kemudian mungkin kerana mangsa dalam keadaan tidak stabil kerana tembok koridor tersebut yang permukaannya kecil, menyebabkan mangsa tidak seimbang lalu terjatuh dari ketinggian lebuh kurang 20-30 kaki,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak autisme yang berbadan agak besar ini cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak sempat berbuat demikian.

“Dari keterangan yang diberi, kita lihat ia konsisten dengan apa yang berlaku,” katanya.

Muhamad Zaki berkata pihak polis telah menemu bual kanak-kanak autisme yang juga merupakan murid Program Pendudukan Khas Integrasi, dan mendapati kanak-kanak ini seorang yang hiperaktif dan dia tidak tahu akan akibat perbuatannya.

“Kita sudah buka kertas siasatan awal dan akan kemukakan kes ini ke pihak pendakwa raya. Di dalam undang-undang juga menyebutkan kanak-kanak berumur 12 tahun sekiranya dia tidak mengetahui apa perbuatannya, tidak menjadi satu kesalahan,” katanya.

Sementara itu, bapa kepada Adam Zikri, Faizul Khairy Zulkifli, 38, ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar di sini berkata anaknya dalam keadaan stabil dan hanya mengalami patah kaki kanan dan tangan kiri selain cedera pada kepala.

Beliau berkata Adam Zikri telah selesai menjalani pemeriksaan pengimbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan imbasan magnetik resonan (MRI) dan doktor memberitahu tiada pendarahan dalaman berlaku.

“Adam Zikri sudah boleh bercakap dan ketika sedar dia minta saya milo ais dan vitagen. Dia kini dalam proses penyembuhan,” katanya.

Faizul Khairi berkata pihaknya tiada dendam dengan murid terlibat dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

“Fokus saya hanya kepada anak saya dan saya sudah buat laporan polis pagi tadi untuk proses tuntutan insurans kelak,” katanya.

Adam Zikri, 6, merupakan anak bongsu dari tiga beradik dan merupakan murid prasekolah Taman Tasik Jaya di sini. – BERNAMA

Tags: jatuh bangunankanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd