• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Sambut Baik Keputusan Kabinet Mengenai Piala AFF

oleh AK-47
25/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyambut baik keputusan Kabinet membenarkan skuad Harimau Malaysia meneruskan aksi pada Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung di sini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata keputusan itu menaikkan semangat pemain negara dalam memburu kemenangan ke atas Myanmar pada aksi terakhir Kumpulan B bagi menempah slot ke separuh akhir edisi ke-11 kejohanan bola sepak dwitahunan itu.

“Bagi pihak FAM, saya mengucapkan terima kasih kepada Kabinet yang memutuskan skuad Harimau Malaysia untuk terus bermain pada kejohanan kali ini dan ini memberi inspirasi kepada pasukan untuk buktikan kita mampu kalahkan Myanmar, malam esok,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Kabinet hari ini memutuskan skuad Harimau Malaysia perlu meneruskan saingan dalam kejohanan berkenaan yang sedang berlangsung di sini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dipetik sebagai berkata, kerajaan akan mencari kaedah lain untuk menentang kezaliman yang berlaku terhadap etnik Rohingya di Myanmar, dan tidak akan melibatkan sebarang acara sukan.

Dalam perkembangan sama, Hamidin yang juga pengurus skuad kebangsaan berkata, Persekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF) memberi jaminan mengenai tahap keselamatan pemain dan pegawai skuad negara selain penyokong Malaysia yang akan hadir menyaksikan perlawanan esok.

Beliau berkata jaminan tersebut dinyatakan sendiri Timbalan Setiausaha Agung (Pentadbiran) MFF, U Ko Ko Thein, ketika beliau mengadakan mesyuarat bersama MFF serta pihak keselamatan Myanmar, hari ini.

“Kawalan keselamatan pada perlawanan malam esok akan diperketatkan, di dalam dan luar stadium. Presiden MFF U Zaw Zaw turut memberi jaminan yang sama mengenai soal keselamatan kepada kita,” katanya.

Dalam pada itu, Hamidin memuji pengendali skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee yang berjaya mengubah posisi Malaysia dalam ranking dunia FIFA, daripada tempat ke-164 pada bulan lepas kepada 156, bulan ini.

“Inilah ranking terbaik skuad kebangsaan semenjak Kim Swee mengendalikan pasukan sejak tahun lepas dan saya harap kedudukan ranking kita terus bertambah baik.

“Kalau kita berjaya pada Piala AFF Suzuki kali ini, kita akan dapat lebih peningkatan kerana semua kita tahu KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang FAM letakkan kepada Kim Swee adalah posisi ke-140, dan kita sudah menghampiri kedudukan tersebut,” kata Hamidin. – BERNAMA

Tags: Datuk Hamidin Mohd AminFAMPiala AFF 2016
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd