• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maria Chin Ditahan Bagi Kekal Ketenteraman Awam

oleh AK-47
27/11/2016
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penahanan penganjur perhimpunan Bersih 5,  Maria Chin Abdullah dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) sah disisi undang-undang.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, Maria Chin ditahan berkaitan kesalahan keselamatan bagi mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

“Jabatan Peguam Negara ingin menjelaskan bahawa seksyen 3 yang dibaca bersama Jadual Pertama Akta 747 mentakrifkan ‘kesalahan keselamatan’ sebagai bukan sahaja terhad kepada kesalahan berhubung dengan keganasan.

“Ia turut meliputi antara lain kesalahan berkaitan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 124C Kanun Keseksaan,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Mohamed Apandi berkata, penahanan Maria Chin di bawah seksyen 4 Akta 747 bagi membantu siasatan Polis Diraja Malaysia kerana disyaki terlibat dalam aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen adalah teratur dari segi undang-undang

Jelasnya, Jabatan Peguam Negara mengeluarkan kenyataan ini kerana prihatin terhadap pandangan dan persepsi masyarakat berhubung penahanan Maria Chin di bawah Sosma.

“Menjadi tanggungjawab jabatan ini untuk memastikan undang-undang negara sentiasa dihormati dan dikuatkuasakan sewajarnya.

“Jabatan ini akan memberi pertimbangan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan yang akan dikemukakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia kelak,” katanya.

Maria Chin pada 19 November lalu menganjurkan demonstrasi anti kerajaan Bersih 5 dengan kerjasama parti pembangkang namun perhimpunan itu gagal mendapat sambutan rakyat.

Bersih 5 mendakwa demonstrasi jalanan itu bagi memperjuangkan hak rakyat dan pilihan raya yang bersih tetapi umum mengetahui bahawa ia sebenarnya sebuah perhimpunan politik.

Pemimpin dan penyokong pembangkang mengambil peluang melontarkan pelbagai dakyah berhubung penahanan itu di media sosial bagi menimbulkan persepsi buruk ke atas kerajaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BersihMaria Chin AbdullahTan Sri Mohamed Apandi Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

Bersih Sudah Seperti Keluarga Sendiri, Kata Fahmi

03/08/2024
0

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan dia tidak berniat untuk menyebut nama Bersih sebagai antara pihak yang tidak hadir ke sesi...

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

18/06/2024
3

Gabungan NGO untuk pilihan raya bersih dan adil (Bersih) menuntut pihak berkuasa membebaskan sembilan individu tanpa dokumen yang ditahan ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd