• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecurian Kabel TM Di Melaka Menurun Kepada 29 Kes

oleh Ahmad Albab
25/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kes kecurian kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM) di negeri ini mencatatkan penurunan kepada 29 kes dengan kerugian kira-kira RM72,000 sepanjang tempoh 10 bulan pertama tahun ini, berbanding 175 kes pada 2011.

Pengurus Besar TM Melaka Datuk Rozlan Mohamed berkata penurunan itu antara lain hasil kempen membanteras kegiatan kecurian itu yang giat dilaksanakan di semua peringkat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan masyarakat setempat.

Beliau berkata ia jauh lebih rendah berbanding 98 kes pada tahun lepas, diikuti 90 kes pada 2014, 2013 (58 kes) dan 2012 (107 kes).

“TM memandang serius kegiatan ini kerana ia bukan sahaja menyebabkan syarikat mengalami kerugian besar malah mengganggu perkhidmatan TM kepada pengguna,” katanya kepada pemberita selepas Majlis TM Bersama Media di sini malam tadi yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah.

Pada majlis itu, TM Melaka menyampaikan sijil penghargaan dan insentif RM1,000 kepada tiga anggota polis dari Balai Polis Kandang yang berjaya mematahkan cubaan mencuri kabel iaitu SM Masrol Riadi, Koperal Shahrulezzuan Ab Sahat dan Lans Koperal Muhammad Nadzir Roslee.

Sijil penghargaan turut diberikan kepada Pengurus Pengurusan Keselamatan TM Melaka Zainal Abdullah dan Pegawai Bantuan Ewan Lockman Yusof.

Rozlan berkata seorang orang awam turut diberikan sijil penghargaan dan insentif kerana berjaya membantu TM Melaka mengekang 12 kes kecurian kabel dari tempoh 1 Julai hingga 30 Ogos tahun ini.

Hasil maklumat dan kerjasama daripada individu berkenaan, seorang penjenayah berjaya ditahan di rumahnya di Taman Bukit Larang Indah di sini pada 2 Sept lepas.

“Kita mengharapkan lebih ramai orang awam atau masyarakat tampil menyalurkan maklumat bagi mengekang aktiviti kecurian kabel di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: KabelTelekom Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Makin Banyak Aset Negara Yang Dibina Masa BN Dijual

21/04/2021
0

Berikut penulisan dipetik pada FB Najib Razak DARI dulu lagi, Khazanah Nasional merupakan pemilik saham terbesar Telekom Malaysia (TM). Sebelum...

Telekom Malaysia Akan Jual Lebih Banyak Aset

18/03/2019
0

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) merancang akan melupuskan lebih banyak asetnya termasuk bangunan dan bank tanah untuk membuka nilai aset dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd