• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkahwinan Wan Raja ‘Anu Dalam Botol’ Disponsor RM200 Ribu!

oleh AK-47
13/11/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Populariti namanya tidaklah sehebat artis-artis lain. Malah bagi sesiapa yang tidak mengenali aktres ini pastinya tertanya-tanya siapakah gerangan empunya diri.

Pelakon bernama Wan Raja, 37, ini sebenarnya peneraju utama filem ‘Anu Dalam Botol’ dimana dia melakonkan watak lelaki gay dalam filem tersebut.

Meskipun namanya hanya ‘suam-suam kuku’ dalam industri hiburan, namun majlis perkahwinan Wan Raja dikatakan bakal ditaja lebih RM200 ribu daripada sebuah butik perkahwinan iaitu Putree Bridal.

Wah….memang beruntung habis la Wan Raja dan bakal isterinya, Yaya Maembong yang juga merupakan kakak kepada aktres terkenal Emma Maembong ini.

Hah, janganlah pula ada sesiapa yang mencemburui dan mempersoalkan rezeki pasangan bakal pengantin ye. Tidak baik taw!

Lebih menyeronokkan, Wan Raja dan Yaya turut menerima tajaan Wedding Studio yang berbesar hati menaja sesi fotografi untuk majlis perkahwinan dan pernikahan mereka.

Kiranya bertambah jimatlah Wan Raja dan Yaya Maembong bagi menyediakan persiapan perkahwinan mereka kan.

wan raja.jpg

Memetik laporan Murai.com.my, Wan Raja berkata, “Alhamdulilah kesemua persiapan majlis perkahwinan kami hampir selesai, cuma urusan di Pejabat Agama Islam Selangor masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya.”

“Inshaa Allah, ia akan diselesaikan dalam masa terdekat sebelum menjelangnya majlis pada 12/12/2014,” katanya lagi.

index

Wan Raja juga sempat meluahkan terima kasih kepada keluarga bakal isterinya yang banyak membantu dan pada masa sama meluahkan keterujaan apabila ada pihak yang ingin menaja majlis perkahwinan mereka.

“Saya pun tidak menyangka ada juga yang ingin menaja majlis perkahwinan kami nanti, apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada yang terlibat terutama adik-beradik Yaya,” ujar Wan Raja.

yaya maembong1

Untuk makluman, majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Al-Ridhuan Ulu Klang manakala majlis resepsi bakal berlangsung di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, tarikhnya akan diumumkan kelak. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : KAKAK BUNGA

Tags: Artis Kahwin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tasha Shilla Sah Milik Muhammad Atiq

28/02/2020
0

PELAKON Tasha Shilla, 33, sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang juga pakar kewangan, Muhammad Atiq Idris, 33, dengan sekali...

Aiman, Zahirah Sah Bergelar Suami Isteri

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Aiman Hakim Ridza, 31 dan Zahirah Macwilson, 25, memilih tarikh 20.02.2020 untuk melangsungkan pernikahan mereka. Pasangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd