• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantah RUU 355: DAP Wajar Tinggalkan Kerajaan Selangor

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP perlu keluar daripada pentadbiran kerajaan Selangor jika parti itu benar-benar membantah tindakan PAS membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Dewan Rakyat.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, DAP tidak sepatutnya menyalahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti Gerakan disebabkan tindakan PAS kerana DAP merupakan sekutu PAS dalam kerajaan Selangor.

“Untuk rekod, DAP masih bersama PAS dalam kerajaan Selangor waktu ini. Kedua-dua wakil DAP dan PAS masih duduk bersama sebagai Exco di Selangor.

“Daripada menyalahkan pihak lain disebabkan tindakan PAS, DAP sepatutnya mengambil tanggunggjawab kerana masih bekerjasama dengan PAS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Keng Liang mempersoalkan sama ada DAP yang menghentam Gerakan kerana pembentangan rang undang-undang oleh PAS akan `cakap serupa bikin’ dengan tidak lagi berada dalam kerajaan Selangor.

“Adakah wakil DAP akan meletak jawatan yang lumayan dalam kerajaan Selangor? Saya berharap Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) akan menerajui dalam apa yang dia ajar kepada orang lain,” katanya.

DAP semalam menyalahkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana mendakwa tidak membantah pembentangan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Dewan Rakyat.

Parti sekular itu menganggap rang undang-undang yang dibentangkan oleh PAS itu sebagai usaha permulaan PAS untuk memperkenalkan undang-undang hudud yang bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

Usaha PAS itu turut ditentang hebat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) yang menyifatkan rang undang-undang dibentangkan oleh PAS itu menimbulkan kebimbangan bukan Islam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPKerajaan SelangorMahkamah SyariahRUU 355Tan Keng Liang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd