• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Awang Bentang Usul Pinda Akta 355 Di Dewan Rakyat

oleh Ahmad Albab
24/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355.

Bagaimanapun, anggota Parlimen Marang itu memohon huraian mengenainya dibuat pada sesi persidangan dewan akan datang memandangkan cadangan pindaan itu memerlukan pemahaman yang jelas serta masih ada kekeliruan dan polemik mengenainya dalam kalangan pelbagai pihak.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mempengerusikan sidang Dewan Rakyat memberitahu dewan bahawa apa yang dibentangkan Abdul Hadi itu hanya usul dan belum sampai ke peringkat untuk bacaan kali pertama, sambil menyatakan bahawa proses ke arah itu masih panjang.

Beliau mengizinkan usul itu disambung pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Dalam usul berkenaan, Abdul Hadi berkata pindaan yang ingin dilakukan terhadap akta berkenaan melibatkan hukuman maksimum dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.

“Walaupun rang undang-undang ini khusus bagi penganut Islam sahaja, berkait dengan kuasa raja-raja, namun masih ada pertikaian dan perbahasan yang hangat. Maka saya pohon untuk membuat huraian pada sesi (mesyuarat dewan) akan datang selaras dengan Peraturan Mesyuarat 15(5),” katanya.

Beberapa anggota Parlimen bangun meminta kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk membincangkan usul berkenaan selain ingin mengetahui bila ia akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama.

Pandikar Amin berkata untuk memahami proses rang undang-undang persendirian itu, beberapa peraturan mesyuarat perlu diteliti dan menjelaskan mengenai prosedur biasa pembentangan sesuatu usul sebelum ia diangkat menjadi rang undang-undang.

“Apabila sudah buat keputusan yang mana sekiranya majlis (anggota dewan) mengizinkan rang undang-undang itu, barulah ia dicap, bermakna apabila dicap barulah sudah sah ia dibaca kali pertama.

“Tapi ia belum lagi berakhir di situ kerana rang undang-undang yang telah dicap itu diagih dalam dewan dan akan diangkat kepada menteri yang bertanggungjawab untuk menteri berkenaan membuat satu penyata.

“Apabila menteri membuat penyata dan diangkat di dalam dewan baru ada perbahasan lagi, selepas itu baru nanti diangkat ke bacaan kedua, panjang lagi prosesnya,” katanya.

Pandikar berkata persepsi berkaitan usul itu timbul berikutan laporan berita tidak tepat mengenainya kerana tidak memahami proses tersebut.

Pada Mei lalu, Abdul Hadi membentangkan usul yang sama namun ia dibentang sekali lagi, kali ini selepas dipinda susulan perjumpaan dan taklimat mengenainya diadakan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Selasa lalu. – BERNAMA

Tags: Hadi AwangMahkamah SyariahRUU 355
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PGSM Syor Prosiding Mahkamah Syariah Secara ‘Online’ Ekoran Krisis Tenaga Global

PGSM Syor Prosiding Mahkamah Syariah Secara ‘Online’ Ekoran Krisis Tenaga Global

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) mencadangkan agar Mahkamah Syariah di seluruh negara melaksanakan prosiding sebutan kes secara...

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd