• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sadis..14 Kucing Kebuluran Hingga Makan Sesama Sendiri

oleh AK-47
24/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita berusia 43 tahun di Australia bertindak mengurung 14 ekor kucing dan dibiar kelaparan hingga kucing-kucing tersebut makan antara satu sama lain sehingga mati.

Badan Kebajikan Dan Kekejaman Haiwan Australia, RSPCA menemui 13 bangkai kucing dan seekor kucing yang masih hidup selepas menyerbu rumah wanita berkenaan di Adelaide, selatan Australia, semalam.

Hanya seekor kucing bernama Trooper terselamat dan ditemui dalam keadaan kurang nutrisi ketika serbuan.

Menerusi rakaman video yang dipetik Metro.uk, ia memaparkan keadaan rumah terbabit selepas anggota RSPCA menerima aduan daripada jiran-jiran wanita itu yang sudah tidak tahan lagi akibat bau bangkai busuk.

“Apabila penyelamat RSPCA tiba di rumah itu, kucing yang dikenali sebagai Trooper itu terus ‘mengiau’ seolah-olah memberitahu kami untuk segera menyelamatkannya,” kata ketua penyelamat Andrea Lewis.

Sadis..14 Kucing Kebuluran Hingga Makan Sesama Sendiri

Sadis..14 Kucing Kebuluran Hingga Makan Sesama Sendiri

Sadis..14 Kucing Kebuluran Hingga Makan Sesama Sendiri

Tuan kepada kucing-kucing berkenaan telah ditahan dan kini dihukum untuk berkelakuan baik selama 12 bulan dan turut diharamkan daripada membela sebarang jenis haiwan.

Andrea menyeru kepada orang ramai supaya menjaga haiwan peliharaan mereka dengan baik.

Beliau juga menggesa haiwan belaan diberikan kepada sahabat atau saudara-mara jika pemilik terpaksa meninggalkan haiwan mereka untuk tempoh yang lama.

“Jika kamu tidak dapat menjaga haiwa peliharaan kamu, mintalah kawan-kawan, keluarga, jiran atau hantarkan sahaja ke pusat perlindungan haiwan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Metro.uk

Tags: kejamkucing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd