• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GAMBAR: Bila Ustaz Kazim Bertazkirah Atas Star Cruise…

oleh AK-47
05/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jauh perjalanan, luas permandangan. Bukan sekadar menikmati panorama indah ciptaan Allah SWT tetapi turut menimba ilmu.

Itulah yang boleh ditafsirkan ketika mengikuti program Kembara Ustaz Kazim Elias dari Pulau Pinang ke Langkawi dan Phuket, Thailand, baru-baru ini.

Belum pernah rasanya melihat suasana masyarakat Islam belayar di atas kapal mewah Star Cruises hanya untuk mengikuti kuliah dan tazkirah agama. Namun, Ustaz Kazim akhirnya merealisasikan impian itu.

Selama empat hari di atas kapal, nyata banyak menyalur ilmu dan menyuntik pengalaman baru kepada 768 peserta kembara. Secara tidak langsung, ia boleh ding­gap percubaan yang baik.

Jika selama ini mungkin segelintir peserta kembara hanya mengenali Ustaz Kazim menerusi programnya, Kalau Dah Jodoh di Astro Oasis, sudah pasti dalam pelayaran disertai itu mereka lebih mendekati ikon agama tersohor berkenaan menerusi kuliah dan tazkirah agama diatur.

Ustaz Kazim ketika ditemui berkata, beliau berpuas hati kerana kembara dalam kapal mewah itu mencapai matlamat disasarkan.

“Biarpun program kembara di atas kapal ini pertama kali dianjurkan, saya bersyukur kerana matlamat penyertaan peserta mencapai sasaran. Tidak sangka lebih 700 peserta berminat menyertainya.

“Selain itu, apa yang paling saya utamakan dalam kembara ini untuk semua peserta sudah tentu pengisian ilmunya memandangkan masa lebih lama di laut. Justeru, pengisian majlis ilmu di atas kapal ini semestinya menarik.

“Sokongan dan sambutan baik masyarakat turut diterima ketika lawatan di Masjid Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat, Langkawi dan begitu juga kunjungan ke sekolah agama Islam di daerah Phuket,” katanya.

Ustaz Kazim, apa yang beliau cuba ketengahkan ialah tiada sekatan bagi umat Islam untuk mengembara terutama menggunakan perkhidmatan pelayaran di atas kapal.

Katanya, mengembara dan melancong adalah aktiviti ilmu yang sangat bagus termasuk dalam berdakwah. Apatah lagi, bagi mengeratkan silaturahim.

“Menerusi program kembara ini, saya saÒgat gembira kerana sudah ramai peserta tahu menggunakan kompas untuk tentukan arah kiblat, begitu juga dengan solat jamak. Selain itu, peserta juga tidak sangsi dengan status halal makanan.

“Dalam membabitkan diri dengan aktiviti kembara atau melancong ke luar negara, masalah utama masyarakat Islam adalah mendapatk‡n makanan halal. Jadi, ia perkara yang sering dibimbangkan.

“Oleh itu, menerusi pelayaran ini saya membuktikan bahawa dengan kerjasama teliti diatur, status halal makanan disediakan tak perlu diragui. Melalui kerjasama dengan pihak kapal dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang juga aktiviti samak satu kapal dilakukan, “ katanya.

Kembara dianjurkan syarikat IntraTama Travel Consultant & Tours dan Pusat Pendidikan Al Barakah dengan kerjasama Star Cruises itu akan menjayakan kembara pelayaran Ustaz Kazim Elias 2.0 pada Januari tahun depan.

Ia menyasarkan jumlah peserta lebih ramai iaitu 1,000 orang. Program bermula dari 25 hingga 28 Januari 2015 itu juga membabitkan pelayaran di atas Star Cruises akan menjelajah lokasi seperti Pulau Pinang, Krabi dan Phuket di Thailand.

Sehubungan dengan itu, program kembara UKE ini akan disiarkan di Astro Oasis sebanyak empat episod mulai 3 Oktober nanti. – Harian Metro

10615632_692549214127420_6583821967974690375_n

10653400_692543670794641_1940630533762637277_n

pix_gal1 (1)

 

Tags: ustaz kazim elias
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sihir: Individu Mohon Maaf Dengan Ustaz Kazim

21/05/2022
0

KUALA KANGSAR : Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias berkata, seorang individu pernah datang dan memohon maaf kepadanya ketika beliau menghidap...

Ustaz Kazim Masuk Hospital

11/05/2020
0

IPOH - Pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini malam tadi akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd