• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibrahim Ali Gelar Khairuddin ‘Sotong Laut’

oleh AK-47
23/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan kedudukan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang sering mengeluarkan kenyataan mengenainya.

Jelasnya, Khairuddin hanya memegang jawatan kecil ketika berada dalam UMNO tetapi dilihat ‘gemar’ membidasnya dalam banyak perkara.

“Siapa dia untuk buat kenyataan? Berapa pengikut? Suka sangat ‘bantai’ saya.

“Mungkin dia cari kredit untuk bersuara,” katanya ada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di sini, hari ini.

Susulan itu, beliau mengelarkan Khairuddin sebagai ‘sotong laut’ kerana sikapnya seolah-olah menunjukkan hanya dirinya yang boleh membela Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau menjelaskan, tindakan orang seperti Khairuddin ini juga menjadi antara sebab Tun Mahathir berkelakuan kini.

Sebelum ini, Khairuddin mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan Ibrahim Ali sudah tidak relevan dan ianya membangkitkan kemarahan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Beliau turut menyelar gerakan pembebasan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Jelasnya, beliau tidak pernah merungut ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 60 hari.

“Saya tidak pernah komplen apabila ditahan dan waktu itu adalah pemerintahan Tun Mahathir.

“Berbeza dengan kini apabila ditahan selama 10 hari tetapi riuh berkumpul di Dataran Merdeka, soladiriti,” katanya  yang semangat memperjuangkan supaya ISA dikekalkan.

Tambahnya, cabaran ketika berada dalam tahanan adalah sesuatu yang perlu ditempuhi dengan kekuatan sebagai seorang pejuang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ibrahim Alilautsotong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibrahim Tawar Diri Bantu PM Punggah ‘Duit’ Dr M Dari Luar Negara

Ibrahim Tawar Diri Bantu PM Punggah ‘Duit’ Dr M Dari Luar Negara

31/05/2024
0

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali, menawarkan diri untuk membantu keranaan "memunggah" wang berbillion ringgit yang didakwa kepunyaan...

Minyak Masak Peket Terapung Di Laut Undang Tanda Tanya

Minyak Masak Peket Terapung Di Laut Undang Tanda Tanya

03/08/2022
0

SHAH ALAM - Penemuan ribuan peket minyak masak dipercayai bersubsidi dari Malaysia berhampiran Pulau Jawa, Indonesia menimbulkan tanda tanya pelbagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd