• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastikan Kenderaan Ada Kunci Tempat Duduk Kanak-Kanak

oleh AK-47
23/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan akan memastikan semua kenderaan penumpang di Malaysia mempunyai kunci tempat duduk kanak-kanak, sebelum mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan itu, atau Sistem Sekatan Kanak-Kanak (CRS), menjelang 2019.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mulai tahun ini, kementerian mewajibkan semua pengeluar kereta di Malaysia dan kereta import supaya mempunyai kunci tempat duduk kanak-kanak di dalam kereta.

“Sebelum saya boleh mewajibkan (penggunaan) tempat duduk kanak-kanak, saya perlu pastikan semua kenderaan di Malaysia mempunyai kunci tempat duduk kanak-kanak, jadi ia dapat mengikat tempat duduk itu dan menguncinya di dalam kereta.

“Tetapi pada masa ini, ada beberapa kereta, terutamanya model lama tidak mempunyai kunci tempat duduk kanak-kanak ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kursus Tahap 1 dan 2 dalam Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih Enam Set Kereta di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi CKM Landas MRO Sdn Bhd Datuk Hamzah Md Rus dan Ketua Program Kerjasama Industri dan Penempatan CRRC Zhuzhou Locomotive Co. Ltd, Chen Wanming.

Liow berkata kerajaan memberi tempoh sehingga 2019 untuk memberi masa kepada pemilik kereta memasang kunci tempat duduk kanak-kanak pada kereta masing-masing.

“Saya tahu ada gesaan buat sesetengah ibu bapa dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya ia dimulakan lebih awal.

“Tetapi pada masa yang sama, saya menggesa pengeluar kunci tempat duduk kanak-kanak agar harganya lebih murah kerana kosnya sendiri adalah tinggi sekarang.

“Kami sedang berusaha ke arah itu untuk memudahkan orang ramai membeli kunci tempat duduk kanak-kanak,” katanya. – BERNAMA

Tags: CRS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Tindakan Pengguna Pasang CRS Tak Ikut Piawaian

16/01/2020
0

TAPAH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan mengambil tindakan atau menyaman orang ramai yang masih menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak...

Hanya Fokus Wajibkan CRS Pada Kenderaan Persendirian

20/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan pada masa ini tidak mempunyai perancangan untuk mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau 'Child Restraint System'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd