• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM997 Juta Hutang Peneroka Belum Dibayar Kepada Felda

oleh Ahmad Albab
23/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sejumlah RM997 juta hutang peneroka di negeri ini direkodkan masih belum dibayar kepada Felda, persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang Datuk Abu Bakar Harun berkata hutang itu terdiri daripada dua kategori iaitu hutang untuk pembangunan sosio ekonomi dan pinjaman pembangunan kebun.

“Hutang bagi pembangunan sosio ekonomi adalah sebanyak RM558.1 juta manakala hutang bagi pinjaman pembangunan kebun pula sebanyak RM438.9 juta,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohamed Arifin Awang Ismail (BN-Chenor).

Mohamed Arifin ingin tahu jumlah tunggakan hutang peneroka yang masih belum dijelaskan kepada Felda di Pahang dan tindakan pihak Felda terhadap mereka.

Abu Bakar berkata jumlah keseluruhan hutang berkenaan melibatkan warga Felda daripada 115 rancangan di tiga wilayah di negeri ini.

Kepada soalan lain Mohamed Arifin, beliau berkata Felda tidak mengambil sebarang tindakan setakat ini bagi mendapatkan semula bayaran hutang peneroka yang sudah tidak lagi bersama Felda apabila menguruskan sendiri ladang mereka. – BERNAMA

Tags: Peneroka FELDA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Datuk Dalang Dadah Felda

20/10/2021
0

KUALA LUMPUR - 'Hantu' yang membawa masuk bekalan dadah dan menjadi punca penagihan serius dalam kalangan ribuan peneroka Felda di...

Beruntung Jadi Peneroka Felda

07/04/2021
0

FELDA ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474). Sejak itu para peneroka terlibat bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd