• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Jadikan Isteri ‘Model’ Pembedahan Plastik

oleh Ahmad Albab
23/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTERI sendiri menjadi model. Itu yang dipraktikkan oleh seorang pakar bedah plastik, Phillip Craft, 47, yang menjadikan isterinya, Anna, 43, sebagai model kepada pelanggannya yang ingin menjalani prosedur pembedahan plastik di kliniknya di Miami.

Sejak mereka berkahwin 21 tahun lalu, Anna telah menjalani pembedahan implan payu dara, liposuction, pembesaran punggung, pembedahan badan dan pinggang serta menyuntik botok dan membesarkan bibir.

Meskipun sebelum ini Anna agak keberatan untuk membenarkan suaminya membedah dirinya, namun dia bertukar fikiran selepas melahirkan dua anak lelaki, Aston, 13 dan Phillip Jr, 11.

“Selepas melahirkan anak sulung, saya dapat merasakan bentuk badan saya sudah tidak sama. Saya membantu Phillip di klinik dan melihat seorang wanita berusia 60 tahun sangat cantik dengan badan yang menggiurkan. Jadi saya berpendapat apa salahnya jika saya mencuba,’’ katanya.

Pakar Jadikan Isteri 'Model' Pembedahan Plastik

Anna kini gembira dengan perubahan badannya itu dan sentiasa terbuka dengan sebarang pembedahan yang akan dijalankan oleh suaminya sendiri.

“Phillip suka mengubah semula kereta sport dan perabot. Selepas mempunyai dua anak, saya memutuskan untuk membenarkannya mengubah saya.

“Dia membesarkan payu dara saya, membedah pinggang dan menyuntik pipi saya. Malah Phillip membentuk perut saya untuk kelihatan seperti `six-pack’,” kata Anna.

Dalam pada itu, Phillip berkata, setiap kali pelanggan masuk ke kliniknya, dia akan meminta mereka melihat kepada isterinya untuk menunjukkan betapa hebatnya dia sebagai pakar bedah.

Malah kata Phillip, isterinya itu lebih cantik sekarang berbanding ketika mereka bertemu dulu, pada usia 22 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: modelpembedahan plastik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

08/11/2025
0

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Dirakam Ketika Lelaki Buat ‘Live’ Lucah di Kedai Makan OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR...

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

18/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd