• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Terus Perkasa Fungsi PPS Tangani Masalah Pelajar

oleh AK-47
22/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu akan terus memperkasa fungsi dan peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) sebagai usaha mencegah masalah pergaduhan dan kes buli dalam kalangan pelajar.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata pihaknya turut memberi kesedaran tentang peruntukan undang-undang kepada pelajar supaya tidak terjebak dengan aktiviti yang boleh merosakkan masa depan.

Antara program yang dilakukan ialah mengadakan ceramah kesedaran dan menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah.

“PPS merupakan orang tengah antara polis dan pihak sekolah yang akan menilai dan memantau kes jenayah melibatkan para pelajar dan jika terdapat kes jenayah guru-guru boleh berhubung terus dengan PPS.

“Tidak dinafikan mereka (pelajar) naif mengenai undang-undang dan atas sebab itu kita ambil pendekatan melantik PPS ini, di mana setiap dua kali sebulan pegawai (PPS) akan melawat sekolah berkenaan bagi kenal pasti masalah yang berlaku,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya penglibatan pelajar dalam kes curi, gaduh dan dadah di negeri ini hanya sebilangan kecil sahaja dan bagi membendung masalah itu, pihaknya turut memberi khidmat nasihat serta amaran.

“Penglibatan pelajar dalam badan beruniform seperti pasukan Kadet Polis boleh dijadikan benteng untuk mengelak berlakunya kejadian jenayah melibatkan pelajar,” katanya.

Sementara itu Rosli berkata pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) ada menyarankan supaya pihak polis mewujudkan peti lawatan ke sekolah dan menempatkannya di kawasan asrama serta lokasi tumpuan pelajar.

“Peti berkenaan membuktikan kekerapan pihak polis mengadakan lawatan dan memantau para pelajar agar perlakuan jenayah tidak berleluasa….namun ini masih dalam peringkat cadangan dan mungkin akan kita laksana dalam waktu terdekat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Rosli Ab RahmanPPS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

Banjir 7 Negeri: Pahang Paling Ramai Di PPS

Banjir 7 Negeri: Pahang Paling Ramai Di PPS

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Setakat jam 9.30 pagi ini terdapat 2,827 mangsa daripada 838 keluarga ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd