• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Kolej Mengaku Salah Buang Bayi Lelaki

oleh AK-47
22/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar sebuah kolej swasta mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat seorang bayi lelaki, yang dilahirkannya, dua minggu lepas.

Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor menetapkan 22 Disember untuk laporan akhlak dan menjatuhi hukuman terhadap Nurul Afiqah Mohd Rahshedi, 20, kerana tertuduh merupakan pesalah muda.

Nur A’minahtul Mardiah membenarkan tertuduh yang memakai tudung merah jambu dan gaun labuh berwarna biru diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh jatuh hukum itu.

Anak sulung daripada empat beradik itu didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara membuang mayat bayi itu di Blok B-3-7 Projek Perumahan Rakyat Wahyu 2, Jalan Sibu, Sentul di sini pada 1.16 pagi, 9 November lalu.

Nurul Afiqah yang hadir ditemani ibu dan bapa saudaranya didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketika ditanya majistret, tertuduh memberitahu ibu dan bapanya tahu dia didakwa di mahkamah hari ini namun mereka tidak dapat hadir kerana ibunya berada di kampung manakalanya bapanya bekerja.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Ashif manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: buang bayiPelajar Kolej
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

09/07/2023
0

KEMAMAN: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai membuang bayi perempuannya di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan...

Polis Buru Pelajar Kolej Rogol Remaja Bawah Umur

31/05/2022
0

Padang Besar : Polis sedang mengesan seorang pelajar kolej swasta kerana disyaki terbabit dengan rogol gadis di bawah usia di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd