• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tak Mampu Jaga Tinggalkan Bayi Dalam Kotak

oleh AK-47
22/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya kerana tidak mampu untuk menjaga anak yang baru dilahirkan, seorang ibu sanggup meninggalkan bayinya di hadapan Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, malam tadi.

Bayi lelaki yang baru dilahirkan itu ditemui orang ramai kira-kira jam 7 malam dengan tubuhnya dibaluti dengan kain batik dengan patung mainan serta sekeping nota.

Difahamkan nota tersebut dipercayai ditulis ibu bayi berkenaan yang ditingalkan dalam kotak berwarna hitam.

Dalam nota tersebut menyatakan tindakannya bukan kerana tidak mahukan bayi yang dikandungkannya itu sebaliknya si ibu tidak mampu untuk menjaganya.

“Assalamualaikum, jika anda membaca nota ini, bayi ini dilahirkan pada 21 November 2016. Tindakan saya terhadap bayi ini adalah bukan saya tidak mahu tetapi saya tidak mampu.

“Jadi saya ingin memberi rezeki saya kepada mereka yang lebih layak dan mampu. InsyaAllah jika punya jodoh kita akan berjumpa. I love you,” katanya dalam nota tersebut.

Difahamkan, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan selamat dan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Kejadian tersebut menjadi viral di laman sosial apabila netizen mengkritik tindakan si ibu yang meninggalkan bayinya hanya kerana alasan tidak mampu menjaga.

Ada juga sebilangan netizen menganggap tindakan si ibu meninggalkan anaknya di masjid adalah perkara yang betul daripada ‘membuang’ di tempat yang boleh menyebabkan kematian. – MYNEWSHUB.CC

*Video dibawah sekadar hiasan.

Tags: buang bayiibu kejam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

09/07/2023
0

KEMAMAN: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai membuang bayi perempuannya di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan...

Mayat Bayi Perempuan Dijumpai Dalam Longgokan Sampah

25/10/2021
0

BUTTERWORTH - Mayat bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan ditemukan dalam longgokan sampah di tong sampah di kawasan Flat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd