• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontrak F1 Tak Akan Diperbaharui Selepas 2018

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kontrak Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia tidak akan dilanjutkan apabila ia tamat pada 2018 kerana pulangan yang mengecewakan.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan membelanjakan RM300 juta setahun untuk F1 tetapi nilai pulangan untuk perlumbaan itu adalah kurang daripada apa yang dibelanjakan.

“Secara keseluruhan, kita membelanjakan RM300 juta setahun tetapi kita tidak mendapat pulangan sebanyak RM300 juta…tiada pulangan daripada Grand Prix.

“Kontrak sedia ada adalah dari 2016 hingga 2018. Kita dapat lihat kehadiran penonton F1 menurun saban tahun, mungkin kerana kurang tarikan.

“Saya rasa orang dah tak berminat. Namun bagi MotoGP, jika ia dimansuhkan tahun depan, ia pasti akan menjejaskan pelancongan kita,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mohamed Nazri berkata berikutan Malaysia gagal menampilkan pelumba F1 berkualiti sejak negara menganjurkannya pada 1999, tiada sebab untuk menerus penganjurannya di sini.

Pada 27 Okt lepas, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pembangunan bakat tempatan dalam sukan bermotor lebih penting daripada mengeluarkan perbelanjaan besar bagi menganjurkan Grand Prix F1 yang tidak menguntungkan. – BERNAMA

Tags: Formula 1
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Enam Kanak-kanak Disengat Ubur-ubur Di Perairan Kelantan

Verstappen Laung Amaran Awal

03/03/2024
0

JUARA dunia tiga kali, Max Verstappen memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan sempurna apabila pelumba Red Bull itu mengetuai penamat satu...

Rafizi Stabil Selepas Serangan Jantung

Leclerc Rampas Petak Utama GP Amerika

21/10/2023
0

AUSTIN, Amerika Syarikat: Charles Leclerc meraih petak utama ketiganya musim ini ketika catatan sepusingan terpantas Max Verstappen dibatalkan dan merudum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd