• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daim Kritik Najib – Dakwa Abai Ekonomi Rakyat

oleh AK-47
13/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan hari ini dikritik kerana mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi tetapi pada masa sama dilihat mengabaikan kedudukan ekonomi majoriti rakyatnya.

Bekas Menteri Kewangan; Tun Daim Zainuddin menegur pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita mahu menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi tetap rakyat masih tidak mampu memiliki sebuah rumah sendiri.

“Tidak ada maknanya kerajaan mendabik dada mengatakan kita sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi jika masih ramai rakyat tidak mampu memiliki sebuah rumah biasa,” katanya hari ini menurut laporan portal The Malaysian Insider (TMI).

Daim berkata demikian selepas melancarkan sebuah buku bertajuk “The Colour Of Inequality” di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), di ibu negara.

Menurut beliau, keadaan lebih membimbangkan apabila dalam kalangan rakyatnya, hartanah sukar dimiliki oleh mereka khususnya di bawah umur 40 tahun kerana nilai yang melambung naik akibat spekulasi harga.

“Hakmilik hartanah antara yang membimbangkan di kalangan rakyat Malaysia, khususnya mereka bawah umur 40 tahun, berdepan kesukaran untuk memiliki aset penting ini.

“Perumahan menjadi kelas aset kewangan, malah ia menjadi alat spekulasi daripada menjadi tempat untuk kita tinggal,” katanya.

Daim berkata rakyat negara ini masih belum mencapai tahap pendapatan yang baik dan ramai daripada mereka masih memperolehi pendapatan di bawah tahap kemiskinan.

“Tiada maknanya kita ke arah negara berpendapatan tinggi, pada ketika rakyat, anak-anak kita, jiran dan rakan kita masih berpendapatan bawah tahap kemiskinan,” katanya.

Biarpun Malaysia mempunyai bilangan pengguna barangan mewah terbesar di Asia, Daim berkata masih ramai rakyat yang terpaksa bergelut dengan kehidupan sukar setiap hari.

“Masih ramai pakcik dan makcik di kampung dan bandar yang masih bergelut untuk mendapat sesuap nasi dan menghantar anak mereka ke sekolah setiap hari,” kata Daim.
– MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: EkonomiNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd