• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Ibu Kritik Penumpang Tren Takda Perasaan

oleh AK-47
21/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEUTAMAAN perlu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan terutamanya apabila menggunakan perkhidmatan awam tetapi masih ada segelintir rakyat negara ini masih kurang mempunyai kesedaran mengenai hal tersebut.

Perkara ini terjadi kepada seorang pengguna Facebook yang meluahkan rasa kecewanya terhadap penumpang perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) yang seolah-olah tidak mempedulikan keadaannya pada ketika itu.

Nuraliza Ramli menceritakan kembali insiden itu semalam berkata, dia menaiki LRT dari Wangsa Maju ke Ampang Park bersama bayi dan anak sulungnya bernama Ryan untuk beriadah.

Jelasnya, dia terpaksa berdiri sambil mendukung bayinya apabila tiada seorang pun penumpang dalam tren tersebut mempedulikannya.

“U know what, tangan terketar-ketar nak ambil video. Diorang tak ada perasaan, I dukung baby kot dari Wangsa Maju sampai Ampang Park, tak ada seorang ada perasaan,” tulisnya.

Video: Ibu Kritik Penumpang Tren Tiada Perasaan

Video tersebut yang dimuat naik dalam laman sosialnya mendapat perkongsian sebanyak 6,950 dan dilihat lebih 492,000 kali.

Nuraliza dalam ruangan komennya menjelaskan tidak mengharapkan penumpang di dalam tren tersebut untuk memberikannya tempat duduk tetapi terkilan dengan sikap mereka.

“Saya bukan la hadap nak duduk, kalau ada tempat duduk saya duduk, bukan jauh pun Wangsa Maju ke KLCC. Saya cuma mahu prihatin, lihat sekeliling, lihat apa jadi di persekitaran anda.

“Saya mula merakam sebab masa itu terkilan kerana ada sikap penting diri sendiri. Saya ingatkan kat luar sana gembar gemburkan cerita sehinggakan terkena batang hidung sendiri,” katanya.

Video: Ibu Kritik Penumpang Tren Tiada Perasaan

Jelasnya, mungkin penumpang menganggap dia warga asing kerana ketika kejadian, dia hanya mendukung anaknya dengan menggunakan kain silang dan memakai baju hitan yang lusuh.

Katanya, perkongsian video tersebut diharap dapat dijadikan pengajaran kepada rakyat negara ini.

Statusnya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada diantaranya menganggap rakyat Malaysia semakin tidak prihatin dan mementingkan diri sendiri.

Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman apabila berhadapan dengan situasi yang sama. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bayiIbukesalLRTpenumpang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

Firdaus Wong Kesal Kes Babit NGO Jadi Modal Sindir Islam

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung melahirkan rasa kesal apabila kes melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd