• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas Jadi Kelebihan Malaysia Berdepan Vietnam

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Skuad Harimau Malaysia mahu menjadikan cuaca panas di Yangon sebagai kelebihan apabila menentang juara 2008, Vietnam dalam aksi kedua Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna, di sini Rabu ini.

Ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee berkata pengalaman beraksi dalam cuaca panas menentang Kemboja pada aksi pembukaan semalam, memberi kelebihan berbanding Vietnam yang menentang tuan rumah bersama, Myanmar pada aksi sebelah malam.

Pengendali kelahiran Melaka itu bagaimanapun mengingatkan pemainnya supaya tidak memandang rendah keupayaan lawan yang dikenali sebagai ‘The Golden Stars’ kerana mempunyai kekuatan seimbang hampir di setiap posisi.

“Pasukan Vietnam agak seimbang selain pemainnya yang bagus serta berkualiti di setiap posisi, jadi ia bukan satu tugas mudah dan kita perlu bekerja keras apabila menentang mereka nanti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kim Swee juga berkata kesemua 23 pemain negara berada dalam keadaan cergas kecuali pemain sayap kiri, Mohd Syazwan Zainon yang cedera di pahanya ketika Malaysia menewaskan Kemboja 3-2 semalam tetapi keadaannya tidak serius.

Ditanya mengenai kesebelasan utama berdepan Vietnam nanti, beliau tidak menolak kemungkinan melakukan perubahan kecil selepas menyaksikan lawan itu mengejutkan Myanmar 2-1, semalam.

“Selepas menyaksikan aksi antara Vietnam dan Myanmar semalam, saya akui kita perlu perbaiki corak permainan dan saya mempunyai masa sehari lagi untuk menentukan siapa yang akan diturunkan pada perlawanan Rabu ini,” jelas Kim Swee.

Berkongsi pandangan sama adalah penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang mengingatkan rakan sepasukan untuk tidak mengambil mudah pertemuan dengan Vietnam yang merupakan antara pasukan pilihan pada kejohanan edisi ke-11 ini.

Khairul Fahmi atau mesra disapa ‘Apek’ yang akan membuat penampilan keempat di Piala AFF sejak 2010 berkata dua penyerang Vietnam, Le Cong Vinh dan Nguyen Van Quet perlu diberi perhatian khusus kerana mereka agak pantas ketika menyerang kubu lawan.

“Saya harap rakan sepasukan dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik apabila menentang Vietnam nanti dan jurulatih pun sudah ingatkan kami apa yang perlu diperbaiki ketika kita menewaskan Kemboja, semalam,” kata Khairul Fahmi.

Pemain tengah, Mohd Irfan Fazail pula bertekad menghalang jentera tengah Vietnam daripada menguasai permainan kerana ia merupakan kekuatan utama yang menjadi nadi penggerak pasukan lawan dalam mana-mana perlawanan.

“Kita tahu pasukan Vietnam adalah satu pasukan yang berbahaya ketika melakukan serangan dan bertahan kerana bermain sebagai satu unit.

“Bagaimanapun, jurulatih sudah mengesan kelemahan Vietnam pada perlawanan semalam yang akan kita cuba eksploitasikan untuk mencatat keputusan positif pada perlawanan Rabu ini,” jelas pemain Johor Darul Ta’zim II itu yang membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan.

Berdasarkan rekod pertemuan antara Malaysia dan Vietnam sejak 1991, kelebihan jelas memihak kepada Vietnam yang mencatat lapan kemenangan, enam kekalahan serta dua seri.

Satu lagi perlawanan Kumpulan B adalah antara Myanmar dan Kemboja yang turut berlangsung pada Rabu di gelanggang yang sama. – BERNAMA

Tags: Ong Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kim Swee Sah Ketua Unit Pembangunan Belia FAM

21/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee sah kembali ke Persatuan...

“Mereka Banyak Bercakap, Inginkan Publisiti” – Kim Swee

06/12/2019
0

SEPANG - Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak senang dengan andaian ditimbulkan sesetengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd