• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tajuddin Cabar Khalid Ulangi Perkataan ‘Sial’ Luar Dewan

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini mencabar anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad supaya mengulangi perkataan ‘sial’ di luar Dewan Rakyat.

Tajuddin berkata jika Khalid berbuat demikian, beliau tidak akan teragak-agak untuk menyaman anggota dari Parti Amanah Negara itu.

Khalid mengeluarkan perkataan itu semasa sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat.

“Saya tak boleh terima dia cakap saya sial, malah Parlimen juga tidak membenarkan perkataan itu disebut dalam Dewan Rakyat,” kata Tajuddin kepada pemberita di Lobi Parlimen.

Tajuddin menegaskan beliau akan mengarahkan peguam bagi tindakan selanjutnya untuk menentukan sama ada Khalid berada di pihak yang benar.

Tajuddin mengulas tindakan Khalid yang mengeluarkan perkataan itu ketika Tajuddin menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berhubung inisiatif kerajaan bagi memartabatkan kualiti beras negara.

Terdahulu, Khalid mengeluarkan perkataan itu selepas Tajuddin secara berseloroh menyebut hanya Teresa Kok (DAP-Seputeh) wanita yang mempunyai nama dengan perkataan ‘Kok’ di Seputeh.

Bagaimanapun, gurauan tersebut menyebabkan Dewan Rakyat kecoh dengan beberapa anggota Parlimen pembangkang mengeluarkan kata-kata kesat termasuk Khalid yang berkata ‘sial’.

Kekecohan itu bagaimanapun ditenangkan Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee dengan membuat penetapan bahawa perkataan ‘Kok’ adalah merujuk kepada nama Teresa dan bukan bermaksud perkataan lain.

Tajuddin berkata, “Teresa cuba kacau saya ketika saya nak menjawab soalan. Dia seorang sahaja mempunyai nama ‘Teresa Kok’. Tapi itu tak bermaksud bila saya cakap begitu boleh mengizinkan Shah Alam (Khalid) bangun dan cakap saya sial, sial, sial, itu tak mewajarkan dia bercakap perkataan sial,” katanya.

Sementara itu, Khalid berkata beliau terpaksa bangun berbuat demikian bagi menegur tindakan yang dianggap tidak beradab seorang anggota Parlimen semasa di dalam dewan.

“Saya terpaksa menegur Pasir Salak kerana jelas dan nyata bahawa kenyataannya adalah suatu kenyataan biadap kerana dia tidak mahu menarik balik kenyataan itu,” katanya yang menyahut cabaran Tajuddin untuk mengambil tindakan undang-undang. – BERNAMA

Tags: Tajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

02/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, hari ini, meminda keputusan kelulusan belah bahagian terhadap usul membatalkan...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

27/06/2022
0

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa Presiden parti, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd