• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Haji Dijangka Terus Meningkat – Jamil Khir

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kos menunaikan haji dijangka terus meningkat disebabkan kos penginapan, pengangkutan, makan-minum dan lain-lain perkhidmatan turut bertambah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata peningkatan kos haji berlaku setiap tahun dan pada musim Haji 1437 Hijrah (H)/2016 yang baru selesai, ia sudah mencecah RM18,890 seorang.

“Tabung Haji (TH) dengan sokongan kerajaan, masih dapat mengekalkan bayaran haji sebanyak RM9,980 seorang jemaah haji ‘Muasassah’ sejak tahun 2009.

Pada musim yang lalu sahaja, jumlah keseluruhan subsidi haji yang ditanggung oleh TH adalah melebihi RM160 juta,” kata beliau dalam ucapan di Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Musim 1437H di sini, hari ini.

Sejumlah 31 jabatan/agensi kerajaan dan swasta termasuk wakil Kerajaan serta Kedutaan Arab Saudi telah diberikan penghargaan atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan, pada majlis itu.

Jamil Khir berkata operasi pengendalian jemaah haji negara bagi musim haji 1437H dianggap sangat baik dan berjaya mencapai objektifnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah hasil muafakat semua pihak.

Beliau berkata operasi haji 1437H yang lalu telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden besar atau buruk yang tidak diingini.

Tambah beliau, kecemerlangan TH dan Malaysia dalam pengurusan Haji telah membuka mata ramai pihak dan mendapat perhatian negara-negara luar.

“Senario ini memberi keyakinan kepada kita sebagai umat Islam di Malaysia bahawa pengurusan haji yang dijalankan secara muafakat oleh semua agensi kerajaan dan swasta pasti membuahkan kejayaan,” kata beliau.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah dan Setiausaha Pertama, Kedutaan Diraja Arab Saudi, Ali Ibrahim A. Alheji. – BERNAMA

Tags: Jamil Khir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat....

Isu Jantina, Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo?

17/01/2018
0

MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air. Antaranya ialah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd