• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1.9 Bilion Subsidi, Insentif Untuk 155,000 Pesawah

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membelanjakan sebanyak RM1.9 bilion sebagai subsidi dan insentif kepada 155,000 pesawah padi seluruh negara pada 2016.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata jumlah tersebut merangkumi pelaksanaan Skim Baja Padi Kerajaan berjumlah RM465 juta, Skim Bantuan Input Pengeluaran (RM563 juta), Insentif Benih Padi Sah (RM85 juta), Skim Subsidi Harga Padi (RM616 juta), Skim Baja dan Racun Padi untuk Pertanian Padi Bukit (RM70 juta) dan Insentif Input Pengeluaran Padi RM112 juta.

“Selain itu kerajaan juga telah belanjakan RM65.5 juta pada tahun 2016 untuk pelaksanaan 18 projek pertanian antaranya projek peningkatan hasil sayuran dan projek tanaman semula buah-buahan terpilih,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) mengenai jumlah subsidi yang diperuntukkan kepada sektor pertanian sejak awal tahun ini untuk membantu petani tempatan dan jumlah petani yang telah memanfaatkan bantuan berkenaan.

Selain itu, kementerian itu juga sedang dalam usaha mendapatkan peruntukan untuk diagihkan kepada 1,855 petani yang terjejas ekoran fenomena El Nino baru-baru ini iaitu bantuan sebanyak RM250 setiap seorang. – BERNAMA

Tags: sawahTajuddin Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Selamat, Lori Terbabas Masuk Bendang Di Jalan Kampung Naga, Jitra

Pemandu Selamat, Lori Terbabas Masuk Bendang Di Jalan Kampung Naga, Jitra

16/12/2025
0

JITRA, Kedah – Seorang pemandu lori dilaporkan selamat selepas kenderaan dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam bendang sawah di Jalan...

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

Keputusan Undian uUsul Lanjut SOSMA Dipinda, Undi Tajuddin Ditolak

02/08/2022
0

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, hari ini, meminda keputusan kelulusan belah bahagian terhadap usul membatalkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd