• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Tak Mati Dilanggar, Diseret 18 Meter

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHANNESBURG – Seorang wanita nyata masih panjang umur selepas dilanggar lari pemandu pikap yang turut mengheretnya sejauh lebih 18 meter di bawah tayar depan kenderaan terbabit.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan saat wanita itu dilanggar dan diheret ketika dia sedang melintas jalan yang sibuk di Johannesburg, Afrika Selatan.

Dalam rakaman itu, pikap berkenaan tiba-tiba muncul dengan dipandu laju sebelum melanggarnya. Wanita itu diheret sekurang-kurangnya 18 meter dengan kepala dan bahunya dapat dilihat jelas di bawah kenderaan itu.

Mangsa yang tidak dinamakan bagaimanapun terselamat dan kini dirawat di Hospital Akademik Charlotte Maxeke Johannesburg.

Polis menunggu laporan perubatan sebelum membuat siasatan rasmi, tetapi gerakan Kesedaran Masyarakat dan Risikan Jenayah Afrika Selatan sudah melancarkan gerakan memburu pemandu itu di Facebooknya.

Rakaman kejadian sudah disaksikan lebih 10,000 kali sejak dikongsi di Internet dengan keterangan: “Tolong sebarkan kepada semua. Mari kita sama-sama mencari pesalah dalam kes mengerikan ini.” – Agensi/myMetro Online

Tags: kemalanganlanggar lari
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

Zahid Luah Rasa Sedih Dua Wartawan Kemalangan Dalam Perjalanan Buat Liputan Di Bagan Datuk

25/10/2026
0

BAGAN DATUK - Dua petugas media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan New Straits Times (NST) terlibat dalam kemalangan...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd