• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain Biola Terkenal Vanessa Mae ‘Kantoi’ Tipu Pertandingan Ski

oleh Ahmad Albab
13/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

New York – Pemain biola terkenal dunia, Vanessa Mae mendapat malu besar selepas dia diharamkan daripada menyertai pertandingan ski selama empat tahun oleh Persekutuan Ski Antarabangsa (FIS).

vanessa

Tindakan itu diambil setelah FIS mendapati keputusan pada sesi kelayakan di Slovenia, pada bulan Januari lalu telah diatur, bagi melayakkan Mae menyertai pertandingan sukan Olimpik musim sejuk Sochi 2014.

Dalam pertandingan itu, Mae, mewakili Thailand dan menggunakan nama Vanessa Vanakorn.

Keputusan itu dibuat oleh FSI selepas berpuas hati bahawa keputusan sesi kelayakan di Slovenia yang disertai Mae telah dimanupulasikan.

FIS juga mendapati pertandingan di Slovenia itu diatur oleh syarikat pengurusan Mae dan Jawatankuasa Olimpik Thailand.

“Selepas mempertimbangkan penghujahan bertulis dan keterangan saksi pada sesi pendengaran 3 Oktober lalu, Panel Pendengaran berpuas hati dengan keputusan bahawa pertandingan pada 18 dan 19 Januari lalu di Krvavec dimanupulasikan, menyebabkan pengiraan mata FIS yang tidak mencerminkan prestasi sebenar pelumba yang mengambil bahagian khususnya mata yang diberikan kepada Vanessa Vanakorn (Mae),’’ kata FIS dalam satu kenyataan.

Julai lalu, Persatuan Ski Slovenia telah menggantung empat pegawainya dan mengumumkan melancarkan siasatan terhadap dalang yang terlibat dalam memanupulasi keputusan itu.

FIS kemudiannya mendapati hasil siasatan persatuan berkenaan mendedahkan senarai pemain ski pada pertandingan kelayakan itu turut memasukkan dua nama peserta yang tidak hadir.

Manakala seorang peserta diletakkan di tangga kedua meskipun dia jatuh dan mata penamatnya diubah menjadi 10 saat lebih awal.

Selain itu, FIS juga mendapati ketika sesi kelayakan tersebut, cuaca amat buruk dan ia sepatutnya dibatalkan.

Tags: Thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd