• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Gadai Prinsip Demi Kepentingan Peribadi

oleh Ahmad Albab
20/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Amat malang seorang yang cukup tegas menolak demonstrasi haram sanggup menggadai prinsip perjuangan yang dipegang berpuluh tahun hanya kerana dendam terhadap Perdana Menteri.”

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan yang merujuk perkara itu keatas Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, lebih malang buat pemimpin berusia 91 tahun berkenaan sanggup bersekongkol dengan pihak yang menolak Islam dan menyokong Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Kata beliau, Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri menentang sebarang rusuhan untuk menjatuhkan kepimpinannya dan menolak campur tangan asing, namun kini merelakan semua perkara itu demi kepentingan peribadinya.

“Apa yang lebih menyedihkan ialah pembabitan bekas Perdana Menteri ke lapangan Bersih amat mendukacitkan. Individu berstatus negarawan bersekongkol dengan pihak yang cuba menghancurkan negara apatah lagi merestui campur tangan asing.

“Apakah sistem pilihan raya negara sudah tidak berguna lagi, apakah Mahathir mahu kerajaan dibentuk melalui rusuhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sohaimi bagaimanapun bersyukur kerana jumlah kehadiran perhimpunan Bersih semakin merosot disebabkan rakyat semakin matang dan sedar bahawa demonstrasi Bersih cuma bertujuan memperalatkan rakyat dan merugikan negara.

Justeru, beliau menyeru seluruh dan penyokong parti Melayu UMNO supaya mendepani cabaran itu dengan tabah demi mempertahankan kepemimpinan UMNO yang juga maruah ahli dan penyokong parti itu.

Katanya, ahli dan penyokong UMNO perlu mempertahankan maruah bangsa Melayu dan maruah agama Islam serta sebuah kerajaan yang telah dipilih melalui sistem demokrasi yang sah.

“Mariah kita bersatu hati dalam satu saf perjuangan UMNO bersama barisan kepemimpinan untuk terus mara berjuang memartabatkan agama, bangsa dan negara.

“Ayuh kita semua ke setiap pelusuk negara terangkan kepada rakyat siapa Bersih, apa agenda Bersih supaya rakyat tidak terpesong dengan permainan politik Bersih yang sebenarnya didalangi pembangkang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mahathir MohamadSohaimi Shahadan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd