• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 40% Penilaian Akademik Ke SBP Mulai Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mulai tahun depan, kemasukan pelajar Tingkatan Satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan dinilai hanya 40 peratus dari segi akademik, demikian menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mahdzir berkata penilaian selebihnya akan dibuat menerusi kokurikulum dan disiplin pelajar.

“Kemasukan ke SBP tidak bergantung sepenuhnya kepada tahap akademik semata-mata, namun, penilaian markah itu diberi oleh pihak sekolah berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

“Ramai juga yang prejudis tentang sistem itu, namun, kita meletakkan kepercayaan kepada guru dalam usaha untuk mencapai ketamadunan bangsa dan negara,” katanya semasa berucap pada sesi diskusi Kluster Pendidikan di Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (K-PAU) 2.0 di sini, hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh turut dijemput menjadi speaker bagi sesi diskusi Pendidikan.

Konvensyen itu akan memperhalusi 691 usul Perhimpunan Agung UMNO tahun ini yang telah dibincang dan dipersetujui di pelbagai peringkat parti itu sebelum ini.

Mengulas satu soalan peserta yang ingin tahu mengenai gesaan MCA yang mencadangkan supaya bajet tahunan diberikan secara mandatori kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK (C), Mahdzir berkata peruntukan kerajaan diberikan secara menyeluruh kepada semua sekolah.

“Saya nak maklumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) beri peruntukan di bawah pakej rangsangan kepada semua sekolah, dia bagi SRJK (C), SRJK (T), Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Agama, Sekolah Mubaligh dan sekolah Kebangsaan…terserah kepada kementerian untuk menjajarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Idris ketika ditemui pemberita berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak universiti untuk mengambil tindakan terhadap pelajar universiti yang menyertai perhimpunan jalanan Bersih 5 semalam.

“Semua universiti sudah diberi autonomi, jadi mereka akan pastikan bagaimanan imej mereka tidak tercalar,” katanya.

Terdahulu, semasa sesi diskusi, Idris turut berkongsi video animasi pendek ‘Firdaus 2050’ yang dihasilkan Universiti Teknologi Mara (UiTM), hasil cetusan ideanya sendiri, mengenai aspirasi kerajaan terhadap generasi baharu di bawah Transformasi Nasional 2050.

Katanya, ia berkisar kepada pembangunan modal insan yang akan dibentuk dalam tempoh 30 tahun akan datang, dengan harapan ia akan membentuk bangsa Melayu sebagai satu bangsa hebat, bermaruah dan berkat. – BERNAMA

Tags: Mahdzir KhalidSBP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

23/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandangnya pada Pemilihan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd