• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Persoal Tindakan Polis Terhadap Baju Kuning, Merah

oleh AK-47
21/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Tindakan polis menahan beberapa pemimpin Bersih 5.0 dan kumpulan Baju Merah tidak perlu dipersoalkan, kata Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata adalah menjadi tanggungjawab dan hak pihak berkuasa untuk menahan sesiapa sahaja yang dirasakan mampu menggugat keamanan dan keselamatan negara.

“Sistem perundangan di dalam negara memberi hak kepada polis untuk mengambil tindakan perlu bagi memastikan negara kita sentiasa aman dan damai,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan untuk Tabung Pembinaan Kuil Thirusula Maha Mariamman di sini, hari ini.

Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah merupakan antara 14 individu yang ditahan semalam dan awal pagi ini berkaitan perhimpunan haram yang diadakan di ibu kota hari ini.

Pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lebih ramai individu yang menyertai Bersih 5.0 dan kumpulan Baju Merah akan ditahan sebelum didakwa di mahkamah.

Ketika diminta mengulas tindakan polis menyekat video perhimpunan Bersih yang sebelum ini viral di media sosial, Dr Subramaniam berkata ia sangat tepat bagi menghindarkan kegusaran rakyat.

Beliau juga menyeru orang ramai supaya tidak mudah percaya dan menyebarkan sebarang berita, mesej atau video tanpa membuat pengesahan terlebih dahulu.

“Rakyat perlu buat pengesahan terhadap sebarang mesej atau gambaran yang disebarkan. Kadang-kadang apa yang dihebahkan bertujuan memutarbelitkan pandangan rakyat.

“Justeru, polis serta rakyat perlu sentiasa berwaspada,” katanya.

Pada majlis itu, Dr Subramaniam menyampaikan cek bernilai RM1 juta sumbangan kerajaan Persekutuan bagi tabung pembinaan Kuil Thirusula Maha Mariamman di sini.

Turut hadir hadir pada majlis itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir; Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid. – BERNAMA

Tags: Dr S. SubramaniamMIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

21/12/2025
0

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada MIC untuk membuat ketetapan pendirian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd