• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambiga ‘Malu’ Malaysiakini Dedah Hanya 30,000 Peserta

oleh
19/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAWALAN keselamatan yang paling ketat di sekitar pusat bandar raya Kuala Lumpur berjaya menggagalkan usaha peserta perhimpunan haram Bersih 5 cuba ‘menawan’ ibu negara pada Sabtu.

Lebih memalukan, apabila sasaran penganjur untuk menyaksikan lebih 100,000 peserta Baju Kuning ‘menguasai’ Kuala Lumpur turut tidak kesampaian apabila menerima sambutan agak hambar daripada masyarakat Malaysia.

Malahan portal berita propembangkang, Malaysiakini melaporkan hanya 30,000 peserta Bersih 5 berada di kawasan lapang Menara Berkembar Petronas yang menempatkan pusat beli belah Suria KLCC di Jalan Ampang.

Angka itu tidak sampai pun separuh daripada sasaran dinyatakan bekas pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan apabila mendakwa perhimpunan jalanan tanpa permit tersebut akan disertai 100,000 orang dari seluruh negara.

Ketika berucap di luar stesen LRT Bangsar, bekas presiden Majlis Peguam Malaysia itu dengan ‘yakin’ menyatakan kononnya angka tersebut dapat dicapai berbanding cuma 20,000 orang sahaja menyertai Bersih 4 pada tahun lalu.

Perubahan lokasi perhimpunan Bersih 5 pada saat akhir selepas mereka gagal ‘menakluk’ Dataran Merdeka akibat sekatan maksimum pihak polis menyebabkan ribuan peserta dikerah oleh penganjur untuk menuju ke KLCC pula.

bersih-klcc

merah8

Hujan lebat dan perarakan gerakan prokerajaan, Baju Merah juga antara faktor menjejaskan sasaran kehadiran di sebalik ‘kemunculan’ secara mengejut Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tiba dari luar negara.

Malaysiakini menganggarkan kira-kira 30,000 orang sahaja berkumpul di kawasan KLCC mendengar ucapan ‘lesu’ Mahathir itu serta Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin selain beberapa tokoh Pakatan Harapan yang lain.

Ia sekali gus mengesahkan Bersih 5 memang didalangi pihak pembangkang yang berselindung di sebalik tuntutan proses pilihan raya adil tetapi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melepaskan jawatan.

Ini dapat disaksikan sendiri daripada kain rentang dan sepanduk gimik dipegang para peserta yang jelas memang menghina kepimpinan negara serta isu-isu remeh tiada kaitan pun dengan amalan sistem pilihan raya demokratik.

Sekali lagi seperti mana Bersih 4, demonstrasi haram pada kali ini majoriti besarnya disertai penyokong totok DAP khasnya etnik Cina setelah diboikot PAS, bekas sekutu pembangkang dalam Pakatan Rakyat. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: BERSIH 5
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Mahu Anjur Perhimpunan Lebih Besar Daripada BERSIH 5

28/11/2016
0

KUALA LUMPUR - Satu perhimpunan jauh lebih besar berbanding BERSIH 5 akan diadakan oleh PAS awal tahun depan tetapi bagi...

Pekerja Asing Dipukul Majikan Kerana Bermain Ketika Kerja

28/11/2016
9

KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul bertubi-tubi dengan kayu viral di media sosial sejak malam tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd