• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akibat Aib Disindir, Tun M Terpaksa Hadir Bersih 5

oleh
19/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUASA viral netizen pro-Barisan Nasional akhirnya terbukti berjaya memalukan imej Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sebelum itu dikatakan tidak dapat hadir ke perhimpunan haram Bersih 5.

Bekas perdana menteri itu dilaporkan terpaksa pulang awal ke tanah air dan tiba dengan sebuah pesawat peribadi mewah di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor kira-kira pukul 12.30 tengah hari Sabtu.

Ketibaan secara luar dugaan Pengerusi PPBM, sebuah parti serpihan UMNO yang cuba pula mahu menyertai blok pembangkang Pakatan Harapan; turut dilaporkan secara luas oleh penganjur Bersih menerusi jaringan media sosial.

madey4

Tokoh berusia 91 tahun itu kemudian dilaporkan pergi pula ke stesen LRT di Bangsar, dekat pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan disertai Timbalan Presiden PPBM, yang juga anaknya sendiri, Datuk Seri Mukhriz.

Mahathir, yang dikatakan baharu pulang dari sebuah program di Sudan; turut diiringi Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin selain Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti saiz kecil tersebut, Datuk Abdul Kadir Jasin.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga mengiringi bekas seteru politiknya itu yang kelihatan penat dengan memakai baju T berwarna kuning beserta tulisan Bersih 5 untuk menyertai perhimpunan jalanan tanpa permit tersebut.

madey3

Pada Rabu lalu, Mahathir ketika diwawancara khas oleh aktivis Bersih, Hishamuddin Rais menyatakan bahawa beliau tidak dapat hadir ke demonstrasi haram yang pernah teruk dikutuknya sendiri suatu ketika dahulu itu.

Pengakuan jujur beliau itu ternyata mengecewakan ramai penyokong pembangkang yang berharap kemunculan Mahathir seperti mana ketika perhimpunan Bersih 4 tahun lalu dengan hanya disertai 20,000 peserta sahaja.

Berita tersebut dijadikan bahan oleh netizen prokerajaan sebagai membuktikan Mahathir berasa bimbang dengan sambutan hambar demonstrasi kali ini di sebalik promosi hebat ke seluruh dunia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BERSIH 5
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Mahu Anjur Perhimpunan Lebih Besar Daripada BERSIH 5

28/11/2016
0

KUALA LUMPUR - Satu perhimpunan jauh lebih besar berbanding BERSIH 5 akan diadakan oleh PAS awal tahun depan tetapi bagi...

Pekerja Asing Dipukul Majikan Kerana Bermain Ketika Kerja

28/11/2016
9

KUALA LUMPUR - Video seorang lelaki dipercayai warga asing dipukul bertubi-tubi dengan kayu viral di media sosial sejak malam tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd