• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maria Chin, Pegawai Bersih Ditahan Bukit Aman

oleh
19/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dua aktivis propembangkang yang berselindung di sebalik pertubuhan tidak berdaftar Bersih, Maria Chin Abdullah dan Mandeep Singh ditahan pihak polis hari ini.

Menurut portal berita AgendaDaily, tangkapan secara mengejut tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bukit Aman bertempat di pejabat organisasi haram itu di sini petang Jumaat.

Maria Chin merupakan pengerusi Bersih setelah dia mengambil alih jawatan tersebut daripada penyandang bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan.

Selain penahanan mereka berdua, pihak polis juga dipercayai membuat rampasan beberapa barang milik badan itu atau nama penuhnya, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil.

Sebelum itu, pasukan polis Bukit Aman turut menyerbu pejabat Bersih kira-kira pukul 3.50 petang. Ia berlaku tidak sampai 24 jam perhimpunan haram Bersih 5 dijadualkan di ibu negara Sabtu.

Serbuan tersebut dijalankan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, berkaitan kegiatan yang dipercayai boleh memudaratkan institusi sistem demokrasi berparlimen.

“Kira-kira 10 anggota polis berada di pejabat kami. Kami turut dimaklumkan mereka mahu rampas sesuatu. Peguam kami sedang menguruskannya,” kata Mandeep. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Maria Chin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hina Mahkamah Syariah: Maria Chin Dipenjara Tujuh Hari Serta-Merta

25/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebentar tadi menjatuhi hukuman penjara kepada Maria Chin Abdullah selama tujuh hari...

Biar Betul? PRU Calon PH, Lepas Tu Jadi Wakil Bebas!

06/03/2018
0

LAWAK POLITIK.... Alasan semua tentu boleh bagi pelbagai dalih. Namun macamlah tidak kenal atau tahu apakah itu Bersih, malah bukankah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd