• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Gesa Putin Bantu Buka Laluan Ke Kawasan Nahas MH17

oleh Ahmad Albab
12/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Presiden Rusia Vladimir Putin untuk membantu memberi akses sepenuhnya ke kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 bagi memudahkan pasukan penyiasat melakukan siasatan penuh berhubung insiden itu.

Najib berkata banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum kes itu dapat dimuktamadkan dan berharap kedua-dua pihak, Rusia dan Ukraine, memahaminya.

“Sekarang kita berada pada tahap masih banyak persoalan berbanding jawapan yang diperoleh untuk dimaklumkan kepada waris penumpang yang terlibat.

“Kami berharap kami boleh bergantung kepada anda untuk membantu kami menyimpulkan apa sebenarnya yang berlaku terhadap MH17,” katanya kepada Putin semasa mesyuarat dua hala di sini semalam.

Sementara itu, Putin berkata Rusia akan membantu menyelesaikan masalah itu bersama-sama Malaysia dan bersetuju isu akses ke tapak nahas adalah paling utama.

Putin juga bersetuju bahawa adalah penting untuk menjalankan penyiasatan yang menyeluruh berhubung kejadian itu.

Pesawat MH17 Boeing 777-220 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas setelah ditembak jatuh semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Antara mayat mangsa yang telah dikenal pasti termasuk kesemua 44 rakyat Malaysia.

Lembaga Keselamatan Belanda antara lain menyebut struktur pesawat MH17 berkecai di udara berkemungkinan akibat ditembusi objek berkuasa tinggi dari luar pesawat dan tiada petunjuk bahawa nahas disebabkan masalah teknikal atau perbuatan anak kapal. – BERNAMA

Tags: MH17Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd