• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Penghubung Ke Teluk Bahang Dibuka Sepenuhnya

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jalan utama menghubungkan Teluk Bahang dengan pusat bandar yang ditutup sejak 7 November lepas dibuka sepenuhnya kepada semua kenderaan, Jumaat.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membuat lawatan ke kawasan itu mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri yang berjaya menyiapkan kerja-kerja pembaikan dan pembinaan semula struktur jalan yang runtuh dalam masa yang singkat.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Pengarah JKR negeri Salleh Awang. Walaupun melibatkan cerun bukit kita boleh siapkan dalam masa seminggu.

“Kami fikir mungkin akan memakan masa berbulan-bulan tapi akhirnya siap dalam masa seminggu. Ini membuktikan sekiranya jurutera diberikan peluang untuk menjalankan kerja, beri tumpuan ke atas kerja…apa-apa pun boleh dilaksanakan,” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, jalan itu hanya dibuka kepada penunggang motosikal mengikut waktu yang ditetapkan, dengan pengawasan pihak berkuasa.

Kerja-kerja pembaikan di kawasan tanah runtuh itu bermula pada 9 November lepas.

Pada 7 November, hujan yang berterusan di negeri ini sejak tengah malam menyebabkan berlaku tanah runtuh dan runtuhan sebahagian daripada jalan itu.

Kejadian itu menyebabkan penduduk Teluk Bahang terputus hubungan dengan pusat bandar kerana ia merupakan jalan utama menghubungkan bandar itu ke pusat bandar raya, selain turut mengakibatkan beratus-ratus orang terkandas, antaranya calon Sijil Pelajaran Malaysia dan golongan pekerja.

Lim turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof atas keprihatinannya memberikan peruntukan segera sebanyak RM700,000 untuk membaiki jalan berkenaan.

Beliau berkata pemantauan jalan dan cerun di sepanjang Jalan Balik Pulau – Teluk Bahang dan Batu Ferringhi akan dijalankan secara konsisten dan berterusan.

Dalam pada itu, Lim berkata kerajaan negeri bercadang untuk membina jalan berkembar di belakang bukit untuk menghubungkan Batu Ferringhi dan Teluk Bahang sebagai jalan alternatif jika berlaku kejadian tanah runtuh pada masa akan datang.

“Reka bentuk untuk jalan berkembar ini sudah ada sejak 30 tahun lalu. Namun, pada masa itu tak ada tekad untuk bina. Kami akan bina jalan berkembar ini, kalau ada masalah pada jalan ini (Jalan Teluk Bahang) ada jalan alternatif,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jalan RayaPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd